Dah cuba resipi-resipi hebat dari Dpoq_Pedoq, Datin Ismatia dan WanaKamal? Tiba pula giliran KOL yang mewakili warga Selatan iaitu Lynn Mikael untuk berkongsi resipi bersama anda semua.
Dalam Cabaran memasak minggu ini, Lynn Mikael berkongsi resipi menu istimewa orang Johor iaitu Kacang Phool. Sangat sedap dan mudah sahaja caranya menggunakan bahan utamanya iaitu Rempah Kari Daging BABA’S.
Selain itu, ia juga menggunakan Serbuk Ketumbar, Serbuk Jintan Manis dan Serbuk Jintan Putih dari BABA’S. Patutlah sedap! Bahan-bahan yang digunakan memang terbaik.
Melihat gambar dan video masakannya sahaja sudah mebuatkan ramai kecur liur. Jika dimasak sendiri, lagi tak sabar nak rasa. Mudah je cara nak masak Kacang Phool ni rupanya. Tidak sukar macam yang disangka.
Jomlah masak! Anda dan keluarga pasti sukakan rasanya. Selamat mencuba!
KACANG PHOOL
IKLAN
BAHAN-BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
BAHAN-BAHAN LAIN:
1 tin kacang parang – kisar kasar
1 pek daging cincang
3 sudu makan minyak sapi
3 sudu makan minyak masak
1 sudu makan Rempah Kari Daging BABA’S
1 sudu teh Serbuk Ketumbar BABA’S
1 sudu teh Serbuk Jintan Manis BABA’S
1 sudu teh Serbuk Jintan Putih BABA’S
Gula secukupnya
Garam secukupnya
Serbuk pati ayam
BAHAN-BAHAN SAMPINGAN:
Roti putih
Telur mata
Bawang merah – didadu
Cili hijau – hiris nipis
1 biji limau kasturi
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak dan sedikit minyak sapi. Tumis bahan-bahan kisar sehingga garing.
Kemudian masukkan Rempah Kari Daging BABA’S, Serbuk Ketumbar BABA’S, Serbuk Jintan Manis BABA’S dan Serbuk Jintan Putih BABA’S.
Tambahkan air dan tumis sehingga rempah masak dan pecah minyak.
Masukan daging cincang dan tumis lagi sehingga daging masak.
Kemudian masukkan kacang parang yang sudah dikisar kasar.
Tambahkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula. Masak seketika.
Bila semua bahan sudah masak, tutup api.
Goreng telur mata bersama sedikit minyak masak dan minyak sapi.
Hidangkan Kacang Phool bersama dengan bawang merah, cili hijau dan limau kasturi.
Enak dimakan bersama roti.
NAK CUBA RESIPI INI? BOLEH TONTON VIDEO & KLIK DISINI
IKLAN
JOM SERTAI JAGOH RASA BABA’S SEKARANG
Inilah masa untuk serlahkan kreativiti anda dengan mencipta resipi berasaskan rempah dengan citarasa dan gaya masakan mengikut negeri asal anda.
Para peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu laman web majalah Rasa. Pastikan gambar jelas dan menarik.
IKLAN
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Bekerjaya atau tidak, suri rumah atau masih belajar, anda layak untuk menyertai pertandingan ini. Siapa tahu anda mungkin bakal dinobatkan sebagai JAGOH RASA BABA’S.
Hadiah yang bakal menanti pemenang juga sangat lumayan ya.
Tempat Pertama: RM10,000 Tempat Kedua: RM5,000 Tempat Ketiga: RM3,000 Tempat Keempat: RM1,000 Saguhati: RM500 x 8 peserta
Kami akan berada di empat lokasi utama untuk bertemu anda bagi sesi penjurian secara bersemuka pada tarikh yang ditetapkan. Jadi, pastikan anda menghantar penyertaan melalui borang yang telah disediakan di laman web, www.rasa.my/babas/
21/5/2022 MYDIN BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
28/5/2022 MYDIN TUNJONG, KOTA BHARU
4/6/2022 MYDIN MUTIARA RINI, JOHOR BAHRU
11/6/2022 MYDIN SUBANG JAYA, SELANGOR
Jangan lupa okay temujanji anda bersama JAGOH RASA BABA’S. Untuk maklumat lanjut, layari di laman web www.rasa.my/babas/
Masak apa tu hari ni? Kalau ada stok daging dalam peti sejuk, apa kata kita cuba buat sendiri Daging Masak Merah Thai. Daging Masak Merah Ala Thai ni salah satu masakan Thailand yang sedap dimakan bersama tomyam dan khailan ikan masin. Bahan yang digunakan juga amat senang untuk di dapati di kedai-kedai runcit. Jadi anda tak perlu risau ya! Ayuhlah kita cuba masak Daging Masak Merah Ala Thai mengikut resipi yang dikongsikan Kuali Kak Has
RESEPI DAGING MASAK MERAH ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk daging (rebus dan hiris nipis) 1 biji bawang besar (hiris kasar) 2 ulas bawang putih (hiris halus) – beli online 1 sudu besar sos tiram – beli online 1 sudu besar sos cili – beli online 1 sudu besar sos tomato – beli online 1 sudu besar cili kisar – beli online 1/2 sudu besar sos ikan – beli online 1 1/2 sudu besar sos labu thai (botol merah) (Kalau tak jumpa di kedai, boleh beli di Shopee)
BAHAN LAIN:
Kacang panjang Cili merah (Boleh tambah apa lagi sayuran yang disukai seperti bunga kubis, daun ketumbar, lobak merah dan lain-lain)
CARA MEMBUAT:
1. Perap daging yang telah direbus dengan sos labu thai sekejap sebelum digoreng.
2. Goreng jangan terlalu lama, nanti daging keras.
3. Tumis bawang putih hingga naik bau.
4. Masukkan bawang besar. Gaul sebati.
5. Masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak.
6. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
7. Gaul sebati sebelum masukkan sos ikan.
8. Jika kering atau pekat, tambah air rebusan daging ikut banyak mana kuah yang kita nak.
9. Perasakan dengan garam. Gaul sebati lagi.
10. Masukkan bahan hiasan/sayuran lain. Gaul sebati sebelum siap untuk dihidang.
Kenapa perlu beli mi kalau selalu tak puas hati, kenapa tak buat sendiri kerana sungguh senang nak buat mi ni. Tak banyak bahan diperlukan dan paling penting bebas bahan pengawet dan terjamin kebersihannya. Nak resipi, RASA kongsikan di bawah siap dengan DIY cara membuatnya sekali. Korang tak menyesal mencuba.
MI KUNING
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum
350 ml air
1 sudu teh air abu
1 sudu makan garam
1 sudu teh serbuk kunyit
pokok daun ketumbar
LANGAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Masukkan tepung, garam, serbuk kunyit , air dan daun ketumbar dalam mangkuk.
LANGKAH 2: Gaulkan adunan menjadi doh . Kemdudian bulatkan kepada beberapa bahagian.
LANGKAH 3: Canaikan doh menjadi nipis menggunakan mesin pengelek 2-3 kali.
LANGKAH 4: Seterusnya masukkan kepingan doh dalam mesin untuk membentuk mi.
LANGKAH 5: Panaskan air, tambahkan sedikit minyak di dalamnya dan celur seketika mi.
LANGKAH 6: Gaulkan mi yang telah ditoskan dengan minyak bawang putih.