Lontong Goreng Atau Nasi Impit Goreng, Juadah Lazim Hari Raya

Share

Apakah menu terbaik yang dapat anda hasilkan daripada lontong? Salah satu resipi yang terbaik adalah lontong goreng. Hidangan ini sangat istimewa kerana kebiasaannya hanya akan dimasak semasa Hari Raya.

Menerusi perkongsian resipi Lontong Goreng daripada Nurul Ateekah, menurutnya lontong adalah hidangan serba boleh kerana ia boleh dihidangkan mengikut citarasa anda. Contohnya, penambahan sayur-sayuran seperti tauge, sawi hijau atau kubis.

Boleh juga memilih sama ada udang, daging cincang atau ayam dalam masakan anda. Disesuaikan juga dengan sos dan sambal sebagai perasa. Lontong Goreng juga sesuai dijadikan sarapan atau makan tengah hari. Jom kita buat.

LONTONG GORENG @ NASI IMPIT GORENG

BAHAN-BAHAN:

900gm lontong (dipotong dadu besar)

200-300gm udang saiz sederhana

Isi dada ayam (direbus dan dicarik)

2 sudu besar sos cili

2 sudu besar sos tomato – Boleh beli online di sini

2 sudu besar sos ikan – Boleh beli online di sini

3-4 sudu besar kicap manis – Boleh beli online di sini

Kucai

Kubis (dihiris nipis jika mahu)

4 biji telur

1-2 sudu besar gula

Garam (jika perlu)

Serbuk perasa (jika perlu) 

Daun sup (bahan hiasan)

Cili merah (bahan hiasan) – Boleh beli online di sini

Daun bawang (bahan hiasan)

BAHAN KISAR:

10-15 batang cili kering* – Boleh beli online di sini

½ – 1 biji bawang besar*

5 ulas bawang putih*

2-3 sudu besar udang kering* – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Kisarkan bahan-bahan bertanda (*).

​Panaskan minyak secukupnya. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan masak sehingga pecah minyak.

Masukkan udang dan masakkan seketika.

Kemudian, masukkan sos cili, sos tomato, sos ikan, kicap, gula, garam dan serbuk perasa (jika perlu) dan gaulkan.

Setelah itu, masukkan lontong, kucai, kubis, isi ayam dan telur. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati.

Kemudian, taburkan cili merah, daun bawang serta daun sup.

​Angkat dan siap untuk dihidang.

Kredit: Nurul Ateekah

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN