Lobak putih tumis ini sangat mudah, tak perlukan bahan yang banyak tapi rasanya cukup sedap dan menyelerakan. Campuran ikan bilis, lada hitam dan bawang menaikkan lagi aroma lauk ringkas ini.
Seringkali dianggap sayur ‘kurang glamor’ dalam masakan harian, namun sebenarnya lobak putih ia sangat berkhasiat dan enak rasanya.
Lobak putih antara sayur yang terkenal dalam membantu menambah susu badan, sebab itu ia sering dimasukkan dalam menu ibu lepas bersalin.
Tapi bukan ibu berpantang saja boleh nikmati khasiatnya, seisi keluarga pun boleh makan. Sayur ini juga bagus untuk sistem penghadaman dan kaya dengan serat serta vitamin C
Ads
Kalau sebelum ini tak pernah cuba menyediakan sayur lobak putih cubalah resipi ringkas ini. Confirm jatuh cinta lepas suapan pertama!
Resipi Lobak Putih Tumis
Bahan-bahan
1 batang lobak putih – dipotong ikut suka
½ genggam ikan bilis – dibersihkan
Lada hitam – ikut tahap kepedasan yang diingini
Bahan tumbuk
4 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
3 biji cili padi
Cara Penyediaan Lobak Putih Tumis
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan ikan bilis dan kacau hingga sedikit garing.
3. Tambahkan lobak putih, sedikit air, dan lada hitam.
Ads
4. Perasakan dengan garam dan secukup rasa.
5. Masak hingga lobak empuk dan air sedikit kering. Siap dihidang lobak putih tumis dengan nasi.
Tip Ekstra
-Untuk lebih khasiat bagi ibu berpantang, boleh tambah hirisan halia semasa menumis.
-Kalau nak versi lebih pedas, boleh lebihkan cili padi atau guna lada hitam kasar.
5 khasiat lobak putih secara ringkas
Melancarkan penghadaman – Tinggi serat, bantu elak sembelit.
Merangsang penghasilan susu badan – Sesuai untuk ibu menyusu.
Detoks semula jadi – Membantu singkir toksin dari badan.
Merendahkan tekanan darah – Kandungan kalium bantu kawal tekanan darah.
Baik untuk kesihatan paru-paru – Dikatakan bantu cairkan kahak dan legakan batuk.
Peluang menikmati keenakan sajian kampung yang asli, pastinya meggamit kenangan di desa tercinta. Bahan ramuan yang ringkas, jika cukup asam garam dan kena gaya masaknya pasti mengubat rindu sajian ibunda.
Pemilik 20 laman cafe, Bariyah Abd Aziz berkongsi resepi yang mempunyai pengaruh kuat sajian dari kampung halamannya Rembau. Negeri Sembilan.
MASAK LEMAK CILI API ITIK SALAI
BAHAN-BAHAN :
1 ekor itik salai
4 sudu makan cili api/ yang telah ditumbuk lumat
2 sudu makan kunyit hidup/yang telah ditumbuk lumat
2 biji kelapa /ambil santan pekat sahaja
4 keping asam keping
4 batang serai /diketuk
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Masukkan daging salai, cili api dan kunyit ke dalam periuk dan masak atas api sederhana.
Biarkan seketika sehingga air dari itik dan cili telah sejat dan agak kering.
Apabila airnya telah sejat, masukkan santan pekat dan biarkan mendidih hingga itik empuk sambil dikacau agar tidak pecah minyak.
Masukkan asam keping, serai dan garam secukup rasa.
Kecilkan api dan biarkan ia merenih hingga naik minyak.Kacau sekali sekala.
Masakan sudah sedia untuk dihidangkan
Saiz hidangan : 8 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Rasa itik salai memberikan aroma dan kesedapan yang memikat selera
INFO CHEF : Inilah kelainan masak lemak cili api asli Negeri Sembilan, ramuannya tidak menggunakan bawang. Daging atau itik adalah yang telah siap disalai.
SAMBAL UDANG BERSAMA TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN :
250gm udang saiz sederhana
1 mangkuk kecil terung pipit
5 sudu makan cili kering/yang telah dikisar
5 biji bawang kecil/ ditumbuk lumat
3 ulas bawang putih/ditumbuk lumat
2 sudu makan asam jawa /diperah bersama setengah cawan air
1 biji bawang besar/dihiris nipis
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak dan udang digoreng seketika. Angkat cepat bila udang berubah warna. Boleh gunakan minyak goreng udang tadi untuk menumis bahan tetapi pastikan panas semula minyak itu hingga hilang air udang.
Goreng terung pipit sebentar.
Tumiskan cili kisar sehingga garing dan kemudian masukkan bawang kecil dan bawang putih hingga garing .Biarkan sampai terbit minyak.
Masukkan air asam garam, jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mereneh sekejap
Masukkan bawang besar yang dihiris nipis dan biarkan sehingga bawang besar layu.
INFO CHEF: Biarkan udang meresap dalam sambal dan keluar air manisnya, baru ditutupkan api.
AYAM MASAK KICAP
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam
2 biji kentang /dipotong nipis memanjang
2 biji cili hijau/dihiris nipis
1 biji bawang besar/dihiris nipis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 sudu makan pes cili kering
5 sudu makan kicap lemak manis
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan tepung jagung/dibancuhkan sedikit air
4 ulas bawang putih/dikisar atau ditumbuk
2 ulas bawang putih/dikisar atau ditumbuk
2.5 sm halia/ditumbuk
Gula dan garam secukup rasa
Kunyit serbuk secukupnya
CARA MEMASAK :
Gaul ayam bersama garam dan kunyit serbuk , goreng hingga masak dan ketepikan.
Gaulkan kentang bersama garam dan digoreng hingga masak.
Tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
Masukkan pes cili kering dan digoreng hingga garing.
Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk dan biarkan hingga naik baunya.
Masukkan sos tiram dan kicap, masukkan air secukupnya.
Biarkan hingga mendidih dan masukkan garam dan gula secukupnya.
Masukkan ayam dan kentang, biarkan mereneh seketika
Masukkan bawang besar dan cili hijau yang telah dihiris.
Masukkan tepung jagung yang dibancuh sedikit air untuk memekatkannya.
Masukkan asam jawa, garam, gula secukupnya dan biarkan ia mereneh seketika sebelum diangkat dan dihidangkan.
Saiz hidangan : 8 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Ayam masak kicap tidak mudah basi dan tahan lama
INFO CHEF : Boleh juga gantikan cili kisar dengan lada hitam yang ditumbuk
IKAN CENCARU SUMBAT
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan cencaru
2 biji cili merah/ditumbuk
8 biji cili api/ditumbuk
1/2 biji bawang besar/dihiris
Sedikit belacan/ 2 sm
1 biji limau kasturi
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Cuci ikan, belahkan belakangnya dan lumurkan sedikit garam.
Tumbukkan cili merah, cili api dan belacan dan sedikit garam (jika suka)
Setelah lumat masukkan bawang besar yang telah dihiris dan ditumbuk sedikit.
Perahkan limau kasturi dan digaul rata. Kemudian sumbatkan ke dalam ikan.
Goreng sehingga masak
Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan :Lauk pauk
Keistimewaan : Sedap dan cepat disediakan
IKAN KELI GORENG BERLADA
BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan keli
2 biji cili merah/ditumbuk halus
10 biji cili api/ditumbuk halus
1/2 biji bawang besar/dipotong memanjang
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit secukupnya
CARA MEMASAK :
Gaulkan ikan keli bersama kunyit serbuk dan garam.
Goreng ikan keli hingga garing, angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan cili merah dan cili api yang telah ditumbuk sehingga garing.
Setelah cili telah garing masukkan pula bawang besar yang dihiris memanjang dan biarkan sehingga bawang agak layu.
Masukkan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan ikan keli yang telah digoreng tadi.
Gaul rata dan sedia untuk dimakan.
Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan :Lauk pauk
Keistimewaan : Masa memasak yang singkat dan kos yang murah.
INFO CHEF: Untuk menghilangkan lendir ikan keli, basuh dengan sedikit air limau nipis dan sedikit garam. Boleh juga digunakan tepung gandum untuk cuci ikan, disarankan juga untuk perap dengan tepung selama 15 minit. Ini juga mengelakkan ikan daripada meletup-letup atau melekat di kuali masa menggoreng.
KERABU DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN :
500 gm daging /yang telah dihiris nipis
1 biji bawang besar/dihiris membulat
5 biji cili api/dihiris
1 batang serai/dihiris nipis
2 biji limau kasturi
Kicap lemak manis secukup rasa
CARA MEMASAK :
Campurkan daging salai dan bahan-bahan yang telah dihiris tadi.
Masukkan kicap dan perahkan limau kasturi.
Gaul rata dan ia sedia untuk dimakan
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Campur dan gaul, tanpa memasak
Jenis masakan : Sajian pembuka selera dan juga lauk
Keistimewaan : Rasa masam manis dan aroma serai menjadi pembuka selera
INFO CHEF: Sekiranya daging salai yang dibeli tidak terlalu masak, masukkan daging salai dalam kuali tanpa minyak atas api kecil ,dan biarkan seketika sehingga ia lembut.
SAMBAL TEMPE GORENG DENGAN IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN :
2 keping tempe /dipotong sederhana nipis
250 gm ikan bilis/ secukupnya
3 sudu makan pes cili kering
5 biji bawang kecil/ ditumbuk atau dikisar
1 asam keping
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak dalam kuali, dan goreng tempe dan ikan bilis sehingga garing. Biarkan ia sejuk.
Tumis pes cili kering hingga garing, dan masukkan bawang kecil dan biarkan seketika.
Masukkan asam keping, garam dan gula secukupnya.
Akhir sekali masukkan tempe dan ikan bilis dan digaul rata.
Saiz hidangan : 3 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sambal
Keistimewaan : Simpan dalam bekas kedap udara untuk tahan lama
INFO CHEF : Sambal ini juga boleh dijadikan sarapan ,dimakan bersama roti.
Resipi : Bariyah Abd Aziz
Terima kasih : 20 lamancafe, No 20, Jalan Damai 8, Taman Desa Damai, Bangi, Selangor
Anak susah nak makan sayur, hah idea ni boleh bantu korang. Buat menu ni pasti mereka akan suka. Sayur jadi kudapan anak-anak.Kerepek terung ni memang sedap kerana rasanya yang rangup. Sekejap je habis.
Telur tauhu masak kicap ini sesuai sangat jadi lauk hujung bulan. Bukan saja jimat tapi juga sedap. Seisi keluarga pasti approve!Jika kebiasaan menu telur...