Cuba bayangkan lipas tiba-tiba keluar bila kita sedang memandu? Geli campur geram kan? Bila lipas dah menyelinap masuk ke dalam kereta, memang susah nak bunuh atau halau. Boleh cuba petua ni mana tahu berkesan..
BAHAN-BAHAN
Minyak masak terpakai
Susu pekat
Majerin
CARA PENYEDIAAN
Ads
Gaul sebati dalam bekas dan biarkan semalaman di dalam kereta. Sukatan ikut suka. Esok dah boleh nampak dah hasilnya.
Resipi homemade Srikaya yang sedap dinikmati bersama roti untuk sajian pagi atau petang. Serikaya yang sangat sedap, sangat berbaloi dan yang penting tiada bahan pengawet. Selamat mencuba.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Kredit resipi dan gambar: Imah Rahman (MAHN) / Resipi: Mamak Haji
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Pengalaman 15 Tahun Berniaga, Penjual Kongsi TIP PILIH LEMANG Tepi Jalan Elok Masak Sempurna! Lemang boleh dikatakan juada wajib setiap kali tibanya musim raya. Namun nak beli lemang ada ilmunya, barulah lemang tersebut elok masak sempurna dan boleh tahan lama.
Bukan apa, sebatang lemang boleh tahan juga harganya.Jika tersalah beli dan tak menepati citarasa memang boleh ‘frust’ dan rasa tak berbaloi pula.
Haihh lama tak post thread panjang-panjang. Kali ni nak post tips nak beli lemang. Untuk kawang-kawan dan rakyo’t marhaen yang lain dari mengelakkan ‘terkena’ masa beli lemang di gerai-gerai tepi jalan pilihan korang.
Sepanjang 15 tahun dok tolong family bakar lemang, tahun ni first time aku tak jual lemang sebab wife due bersaling minggu raya. So ada ilmu sikit-sikit ni tak salah kita share ramai-ramai kan.
Cari gerai lemang yang banyak kayu-kayu untuk dibakar. Sebabnya, dorang ni memang bakar lemang kat situ, dorang tak ‘wayang’ je bakar lemang. Sesetengah orang, dorang kukus lemang tempat lain, dan bawak mai ke gerai dorang dan layur je kat bara api.
Jangan pilih lemang yang terlalu besar dan lemang yang terlalu kecil. Ambil yang sedang-sedang, sebab yang besar tak semestinya dimasak dengan sempurna. Bila kita potong lemang tersebut, keliling lemang memang masak. Tapi bahagian tengah masih lagi dalam kondisi pulut.
Kalau jenis kurus dan kecik, ‘chances’ untuk garing amat tinggi. Sebab ‘total surface area’ yang kena haba sangat besar. So saya prefer korang ambik yang sedang-sedang. Errr… Paham dak ni?
Suruh tokey lemang belah dulu bahagian bawah lemang. Ini kerana, nak bakar lemang, orang akan pakai hipotesis, jika bahagian bawah lemang masak, maka bahagian atas lemang juga akan masak.
Sesetengah orang jual lemang, dia akan belah bahagian atas. Lepas tu tunjuk kat costumer, dan kata lemang masak. Balik-balik, time potong, bahagian bawah tak masak lagi. Cian customer.
Cuba minta diskaun kalau beli banyak. Kalau anda beli 3 batang, tak salah kan minta diskaun. Harga pun dah dekat RM50 dah. Tapi jangan la minta diskaun gila-gila. Kesian la kat dorang yang bakaq lemang siang malam tu. Ingat senang ke nak kawal api, mendidih ayaq mata oooo…
Jangan dan jangan singgah gerai lemang yang gunakan pallet kayu sebagai kayu bahan bakar lemang. Sebabnya, gerai yang pakai pallet ni berbahaya masa bakar lemang tersebut.
Kalau tuan-tuan semua perasan, pallet kayu ni jarang anai-anai sentuh kan? Ya, sebabnya pallet kayu ni telah diracun dengan sejenis ‘chemical’ khas untuk mengelakkan anai-anai makan. So, kalau pallet tu dibakar, secara tak langsung dia hasilkan gas berbahaya walaupun kita tak nampak, dan lemang tersebut mungkin terkena tempias ‘chemical’ tersebut.
Masa pilih lemang yang dah masak, ambil lemang yang bahagian atasnya yakni ‘kepala’ yang dah kering. Bila kepala dah kering, kita boleh simpan lama sikit, paling kuat 2 hari.
Dan walaupun kepala tersebut nampak kotor dan tak elok, jangan buang! Bahagian tu yang paling sedap bagi sebatang lemang. Sebab lemak-lemak santan yang mendidih dah terkumpul di bahagian atas. So rasa dia masin-masin sikit dan berlemak. Dappp uummhhh…
Kalau nak simpan lemang untuk 2-3 hari, ada caranya. Terbalikkan lemang ‘upside down’ dan biar dia berdiri. Sandar la kat mana-mana pun. Sebab minyak di bahagian atas sekali yang boleh buatkan dia basi. Okeh?
Sebelum korang beli lemang, pastikan bau dahulu ‘kepala’ lemang tersebut. Takut ada lemang yang dah 2 hari ke atas. Kalau dah basi, selalunya bau masam basi macam tu.
Last sekali, sedikit pesanan kepada pembeli-pembeli sekalian. Anda sebagai pembeli ada hak-hak anda semasa membeli lemang. Namun, kena la jaga adab antara pembeli dan penjual. Kalau ada masalah ke apa ke, kawtim dulu dengan tokey lemang. Sekarang zaman viral, lemang tak masak sikit dah viral.
Kesian kat peniaga lemang ni, dah la berniaga lemang setahun 2 kali. Kena viral pulak, terus lingkup.
Anda ada kuasa membeli, kalau tempat tu jual mahal, pergi tempat lain. Tapi kalau mahal, berbaloi dan memang puas hati, apa salahnya kita beli. Benda makanan jangan berkira tuan-tuan, kopi hipster RM20 secawan beli tak komplen pun.
Tak ramai anak muda yang pandai bakar lemang. Kepakaran membakar lemang ni patut dipelajari generasi muda. Benda-benda macam ni boleh menjana pendapatan time-time nak raya.
Semoga Bermanfaat!
RASA: Semoga tip daripada penjual lemang ini bermanfaat buat yang nak beli lemang. Barulah berbaloi dan mudah tertipu, malah lemang pun tahan lama.
Sumber: Harris Rosli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Rice cooker mini yang serbaguna untuk pelbagai menu!
Di negara ini roti adalah salah sumber makanan yang murah dan sajian kegemaran rakyat Malaysia.. Roti gebu dan lembut, mahupun yang keras dan garing jadi sebahagian dari rutin makanan kita.
Bawalah duit RM 2.50 –RM3 pergilah ke mana kedai pasti ada dijual.T etapi jangan terkejut ya, ada roti di dunia yang dijual dengan harga mencecah lebih RM500 sebuku.
Jom semak perkongsian ilmu dari penulis Kay Suhaimi dari laman iluminasi.com tentang 5 roti paling mahal di dunia.
5. Roti Miche – RM84 sebuku
Miche adalah sejenis roti yang boleh didapati di New York dan ini adalah roti paling mahal dihasilkan di Amerika Syarikat.Istimewanya mengenai roti ini adalah ia bukannya jenis roti yang boleh dihasilkan dalam tempoh beberapa jam.
Ia diperbuat daripada tepung ternakan organik dan roti ini mempunyai rasa yang sangat diperkaya bersama tekstur rumit yang sukar untuk dijelaskan.
Tepung yang digunakan mesti menjalani proses penapaian yang lama yang memberikan rasa unik dan sehingga kini, teknik ini masih belum dapat ditiru. Jika anda melawat ke New York dan ingin rasa keenakan roti ini, ia boleh didapat di Amy’s Bread dan sangat sesuai disajikan dengan mentega berkualiti tinggi.
4. Roti Shepherd – RM88 sebuku
Jenis roti keempat paling mahal di dunia adalah roti Shepherd’s dengan harga RM88 sebuku. Roti yang menakjubkan ini adalah produk dari Great Britain hasil ciptaan Tom Herbert, tukang roti tempatan yang membangunkannya ketika dia berusia 33 tahun.Resipi itu dihasilkan 55 tahun yang lalu dan disediakan dengan teliti melalui proses peningkatan ganda yang dilaksanakan sebelum dibakar.
Sesetengah ramuan yang menarik digunakan dalam resipi roti ini adalah garam laut Cornish, air spring Cotswolds dan tepung Somerset organik.
Pasaraya Harrods di London adalah antara yang termewah di dunia, menawarkan roti paling mahal di seluruh Great Britain dan ketiga termahal di dunia.Roti Roquefort dan Almond Sourdough yang terkenal ini boleh didapati dengan harga $ 24.50 setiap satu. Sebab kepada harga yang sangat mahal ini adalah penggunaan bahan-bahan terbaik yang boleh diperolehi.
Jenis roti ini adalah hasil ciptaan Paul Hollywood, pakar roti yang telah menggelarnya roti ini sebagai “Rolls-Royce” dalam dunia bakeri. Roti ini langsung tidak mempunyai sebarang perisa tiruan atau bahan tambahan dan ia dibuat hanya menggunakan tepung gred A yang diperolehi dari pengilang pakar.
Keju Roquefort yang digunakan dalam roti adalah kualiti terbaik yang boleh didapati dari Perancis. Roti ini sangat laris ketika cuti musim panas dan sangat sukar untuk mendapatkannya. National Association of Master Bakers di Great Britain telah menamakan roti ini sebagai jenis roti paling mahal di seluruh negara itu.
2. Roti Royal Bloomer – RM407 sebuku
Jenis roti kedua paling mahal di dunia adalah roti Royal Bloomer. Roti Royal Bloomer dihasilkan di Orchard Pigs Bakery milik Roberet Didie yang terletak di Wrexham di Wales Utara.Roti ini menawarkan rasa yang menarik dengan membuat sedikit perubahan dalam penghasilannya dengan menggantikan air dengan champagne.
Lebih mengagumkan Roberet Didier juga menggunakan emas 23 karat dalam resipi Royal Bloomer. Dia menambah emas merah 23 karat sebagai hiasan untuk memberikannya warna merah terang pada permukaan roti ini.
1. Roti Gold Leaf – ROTI PALING MAHAL ,RM554 sebuku
Jenis roti yang paling mahal di dunia dikenali sebagai Gold Leaf Bread atau Roti Daun Emas. Ia sangat menakjubkan seperti namanya.Resipi ini berasal dari pakar bakeri Moreno, yang merupakan pemilik Pan Pina Bakery warisan keluarga yang terletak di Andalusia, Sepanyol.
Perniagaan bakeri keluarga Moreno telah bermula sejak 70 tahun yang lalu dan telah menghasilkan 50 jenis roti.Apa yang menakjubkan roti seberat 400 gram ini istimewa adalah Moreno menggunakan debu emas sebanyak 250 mg dalam resipi untuk menghasilkan sebuku roti.
Anda tak perlu untuk ke Sepanyol bagi merasai kenak roti emas ini kerana ia dieskport ke seluruh dunia dan popular terutamanya di wilayah Costa del Sol, Rusia dan negara-negara Timur Tengah.
Debu emas yang digunakan dalam setiap buku roti ini bernilai RM416. Walaupun diakui oleh Moreno sendiri bahawa debu mewah itu tidak menambah apa-apa rasa, tetapi ia memberikan pelanggannya rasa eksklusif dan glamor.
“Bahan-bahan yang lain adalah organik dan sangat sihat. Orang ramai percaya bahawa sejumlah emas baik untuk pencernaan. Kami menerima ramai pelawat dari Rusia dan China yang sentiasa mencari sesuatu yang baru untuk menunjukkan betapa kayanya mereka,”kata Juan Manuel Moreno yang kini mewarisi perniagaan keluarga ini.
Siapa sangka ya,rupa-rupanya roti yang mahal ini jadi ‘kegilaan’ di kalangan orang-orang kaya menjadi alat bagi menayangkan status dan kekayaan mereka . Mereka bersedia membeli dan menikmatinya berbanding dengan orang lain yang tidak akan mengeluarkan wang sebegitu rupa hanya untuk memakan sebuku roti.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!