Lepat Pisang Inti Kelapa Mudah Je Cara Buatnya

Share

Lepat pisang inti kelapa taklah susah nak membuatnya. Satu lagi kuih tradisional yang tetap jadi kesukaan ramai hingga sekarang.

Nampak je macam susah kan? Bolehlah cuba buat sendiri. Bahan-bahan yang diperlukan juga taklah terlalu banyak.

Ada versi yang tak ada inti kelapa di dalamnya. Tapi kali ini, dikongsikan resipi membuat lepas pisang inti kelapa, oleh puan Eniza M. Salim

.  Sedap di makan panas-panas lepas kukus.

Lepat pisang Inti Kelapa Mudah Je Cara Buatnya

Bahan-Bahan:

3 cawan pisang emas/ berangan

1 cawan tepung gandum – boleh beli online di sini

3 sudu gula – boleh beli online di sini

Kelapa putih (untuk inti)

Garam secukup (untuk inti) – boleh beli online di sini

Daun pisang secukupnya (dilayur dulu)

Cara Memasaknya:

Untuk membuat inti, kelapa putih dan garam digaul sekata. Ketepikan.

Lenyekkan pisang dan masukkan gula dan tepung. Gaulkan adunan hingga sebati.

Kemudian sudukan sedikit di atas daun pisang. Letakkan inti kelapa dan lipat bungkusan lepat kemas-kemas. Ulangi langkah hingg selesai.

Sediakan pengukus. Masukkan lepat ke dalam pengukus dan kukus dalam 25 minit hingga masak. Bolehlah dihidangkan. Mana panas-panas memang sedap! Cubalah.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

IKLAN