Lempeng Bunga Ros. Lembut, Lemak & Sangat Mudah Disediakan.

Share

Sajian ringan yang sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Bukan sahaja sesuai dinikmati sebagai sarapan, malah nak makan masa tengah hari, petang atau malam pun boleh. Bila dibentuk menjadi kelopak bunga ros, anda boleh jadikannya sebagai buah tangan. Nampak unik & cantik!

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 sudu makan minyak masak
  • Secubit garam

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar hingga halus dan sebati. Tuang adunan ke dalam mangkuk.
  2. Panaskan kuali leper dan oleskan sedikit minyak.
  3. Sendukkan sedikit adunan ke dalam kuali. Ratakan dan biar masak.
  4. Dengan menggunakan pisau tajam, hiris 4 penjuru lempeng namun jangan sampai putus.
  5. Letakkan inti sambal bilis di tengah lempeng dan gulung bagi membentuk kelopak bunga. Ulang langkah hingga habis.
  6. Sedia untuk dinikmati.

 

IKLAN