Lembut & Berlemak Kuih Koci Ni, Confirm Tak Cukup Satu

Share

Kuih koci kalau dapat yang sedap memang tak cukup satu, Kombinasi tepung pulut dan inti kelapa serta gula melaka di dalamnya memberikan kenikmatan buat penggemar kuih ini.

Sukar untuk mendapatkan kuih koci yang memenuhi citarasa. Jadi bolehlah buat sendiri mengikut resipi yang dikongsikan oleh Salina Ismail.

Kuih Koci Lemak Manis

Bahan doh:

500g tepung pulut-beli online di sini

10 helai daun pandan (dipotong kasar)

1 cawan air

Sedikit garam

Bahan inti:

500g kelapa parut

Gula melaka-beli online di sini

Gula pasir

Bahan lain:

Daun pisang

Minyak

Cara membuat:

1.Kisar daun pandan dan tapis airnya. Masukkan air pandan ke dalam ke dalam tepung.

2.Tambah sedikit air.

2.Gaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat pada tangan. Masukkan garam.

4.Rehatkan doh selama 10 minit.

Cara buat inti:

1.Masak gula melaka serta gula pasir dengan air hingga larut.

2.Masukkan kelapa parut, masak hingga inti kering, angkat dan sejukkan.

Cara buat kuih koci:

1.Ambil daun pisang yang telah disapu minyak.

2.Ambil doh tadi dan leper, kemudian letak inti.

3.Lipat daun pisang mengikut citarasa.

4.Susun dalam kukusan dan kukus selama 10 minit .

5.Siap untuk dihidang.

Kredit: Salina Ismail

Klik sini 

IKLAN