Lemak Manis, Sangat Sedap. Begini Cara Masak Ketupat Sotong Kelantan

Share

Bagi yang pernah rasa Ketupat Sotong Kelantan akan mengakui keenakan sajian istimewa ini. Sotong segar yang diisi dengan beras pulut dan kemudiannya dimasak bersama santan dan gula melaka. Memang sedap. Namun pasti ada yang berasa pelik, sotong dimasak manis begini. Tapi percayalah. Rasanya memang enak. Menu begini adalah sajian istimewa penduduk Kelantan dan Terengganu. Cuma di Terengganu, ada yang tidak menggunakan gula melaka dan ada penambahan halba dan sebagainya. Jom cuba resipi perkongsian saudari Zurila Ghani

. Pasti anda sukakan rasanya.

RESIPI KETUPAT SOTONG KELANTAN

BAHAN-BAHAN:
1kg sotong
2 cawan beras pulut beli online disini
2 keping nise/gula melaka beli online disini
1 kotak santan beli online disini
3 helai daun pandan
1 biji bawang merah – dihiris
Sedikit halia – dihiris 
Sedikit halba beli online disini
Sedikit garam
Air

CARA MEMASAK:
1.Bersihkan beras pulut. Rendam dengan sedikit santan dan garam. Biarkan selama 1 jam sehingga beras pulut menjadi kembang.

2. Basuh sotong bersih-bersih. Terpulanglah mahu siat kulitnya atau tidak. Kemudian toskan.

3. Masukkan beras pulut yang telah direndam tadi ke dalam perut sotong. Isi separuh badan sotong sahaja. Kemudian letak kepala sotong dan cucuk dengan lidi atau buluh pencungkil. Ia bertujuan untuk mengelakkan beras pulut terkeluar atau sotong pecah ketika dimasak.

4. Untuk memasaknya, masukkan santan yang digunakan untuk rendam beras puluttadi, sedikit santan, nise atau gula melaka, bawang, halia, garam, daun pandan dan sotong ke dalam periuk.

5. Buka api dan masak hingga sotong serta pulut masak kemudian barulah masukkan lebihan santan kotak tadi. Tunggu sehingga mendidih dan boleh tutup api.

6. Ketupat Sotong Kelantan siap untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Zurila Ghani

 

Anda ada banyak tip memasak yang menarik? Jom kongsi dengan kami! Mana tahu wang tunai RM500 bakal menjadi milik anda.

Nak Kongsi Tip Memasak anda? Klik DISINI untuk penyertaan

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN