Lebih Puas Makan & Jimat, Buat Sendiri Hot & Roll Crispy Di Rumah

Share

Siapa yang pernah makan hot & roll crispy ni tahulah macam mana panjangnya barisan setiap kali nak membeli snek ini.

Memang sentiasa mendapat sambutan ramai. Rupa-rupanya kita pun boleh buat sendiri snek ini di rumah.

Resipi  hot & roll crispy yang dikongsi Hasni Malik ini, memang senang dan mudah je nak membuatnya. Memang puas makan bila dah boleh buat sendiri di rumah.

HOT & ROLL CRISPY

BAHAN-BAHAN:

1 biji telur
½ cawan gula (boleh kurangkan) – beli online di sini
1 ½ cawan air
2 cawan tepung gandum – beli online di sini
1 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar minyak masak – beli online di sini

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA MEMBUAT:

1. Campurkan telur dan gula. Pukul hingga kembang.

2. Kemudian, campur semua bahan lain dan kacau sebati.
3. Biarkan 10-15 minit sebelum masak.


4. Sendukkan 1 senduk adunan di atas non stick pan. Buat senipis mungkin. Pastikan api perlahan.

5. Letakkan topping. Chicken slice/sosej, cheese, bawang holland yang didadu, serbuk lada hitam, serbuk lada putih.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

6. Tunggu hingga nampak keperangan. Akhir sekali, letak mayonis. Kemudian lipat, siap.

BAHAN MAYONIS HOMEMADE:

1 biji telur
¾ cawan minyak masak
2 sudu besar cuka makan
½ sudu kecil garam
1 sudu besar gula

CARA MEMBUAT:

Kisar semua bahan hingga kental. Dah siap.

Kredit resipi: Hasni Malik

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN