Ramadan kian hampir apabila Kelab Darul Ehsan mendahului mengadakan Majlis Pra Rasa ‘Sajian Nostalgia di Restoran Duyung pada 5 Februari 2020 lepas. KDE menjanjikan lebih 100 jenis sajian bakal dihidangkan sepanjang bufet Ramadan tak lama lagi.
Antara sajian mesti cuba adalah Nasi Briani, dengan lauk-lauk seperti Tenggiri Masak Lemak Cili Padi, Daging Masak Hitam, Ayam Masak Merah, Pajeri Nanas, Kambing & Ayam Bakar, Udang Mentega, Ketam Masam Manis, Sup Campur dan banyak lagi. Antara menu pembuka selera yang menarik aneka kerabu dan salad boleh dinikmati sebelum memulakan lebih berat.
Ads
Penggemar dessert, pelbagai aneka manisan tempatan dan barat, bermacam jenis buah-buahan juga ada dihidangkan. Antara yang menarik perhatian adalah Bubur Pulut Hitam,Puding Sagu, Puding Roti dan banyak lagi sambil menikmati Teh Tarik dan menyaksikan persembahan Live Band dari kumpulan ‘Peace Lover Band’ yang menghiburkan anda bersama keluarga atau kawan-kawan sepanjang berbuka puasa.
Ads
Ads
Sempena dengan majlis pada hari Pra Rasa, KDE menawarkan baucer Buffet Ramadan dengan harga RM49 bersih. Namun pengunjung setia boleh membeli Early Bird Voucher dengan harga RM55.00 bersih seorang dari 15 Februari hingga 24 April. Harga asal buffet adalah RM68.00 bersih jika dibeli selepas 24 April hingga 18 Mei 2020. Pada tiga hari terakhir iaitu pada 19,20, 21 Mei harga kembali pada RM55.00 bersih.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Apa yang menarik di Restoran Rasa Wau ni ? Bagi Min bukan menunya sahaja yang menarik tetapi kisah pemiliknya juga cukup mencuit perasaan. Restoran ini adalah lambang penyatuan hati dan impian sepasang suami isteri .
Restoran yang tercetus dari hasil idea suami dan ‘dihadiahkan’ kepada isteri tersayang, kini dikendalikan dan diibaratkan oleh si isteri seperti menjaga ‘bayi’ sendiri daripada bertatih hingga menjadi dewasa
Impian Shezlinda Othman dan suaminya Mohd Razifnizam kini hanya satu, ingin melihat restoran yang dibuka pada September tahun lalu berkembang maju tahun demi tahun bagaikan melihat anak yang membesar dengan baik.
Shezlinda atau lebih mesra dikenali sebagai Linda, 43 tahun, mengakui dia memang suka memasak . Tetapi sebenarnya tidak berapa minat berniaga restoran , tetapi tiba-tiba pada tahun lalu hatinya terbuka minat untuk menceburi bidang ini.
Terus sahaja Razifnizam mencari lokasi dan mencari kedai untuk kedai. Menurut Linda sejak belum berkahwin lagi suaminya sudah menyampai impian untuk berniaga restoran cuma ketika itu Linda belum terbuka hati lagi.
Sebelum ini Linda pemegang Diploma Lanjutan Kesetiausahaan adalah bekas setiausaha di institusi kewangan terkemuka dan juga syarikat pengimport jentera berat. Ketika bekerja itulah Linda bertemu jodoh dengan Razifnizam yang hobinya sangat suka dan menghargai makanan.
Linda sendiri memang mahir memasak dan telah mula memasak sedari usia 8 tahun. Dan dia cukup berterimakasih dengan ibunya yang sudah mengajak anak-anak ke dapur sejak darjah satu lagi.Menyedari bakat memasak Linda juga antara faktor penguat impian mereka suami isteri.
Dekorasinya yang berwarna warni dengan hiasan minimal berasaskan kayu di dinding dan perabut kayu melahirkan suasana kontemporari dengan sedikit kehangatan ciri kampung.
Sesuai dengan namanya Restoran Rasa Wau, restoran ini menyajikan sajian pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Pasangan suami isteri yang berasal dari Pahang ini juga kini mempelbagaikan menu dengan ala carte menu mi goreng, mi kari kue tiaw dan pelbagai lagi.
Tarikan menu yang paling hangat di sini adalah lauk ikan patin, nasi kerabu daging bakar, laksa pahang. Nak tahu apa istimewanya lauk ikan patin di sini , hmm sudah tentulah bekalan ikan patin segar yang diraih terus dari Temerloh leh Razifnizam.
Buat masa ini restoran ini beroperasi dari 9 pagi hingga 9 malam, tetapi bermula bulan depan akan dilanjutkan ke jam 11 malam dan menunya dipelbagaikan kepada sajian barat sebagai hidangan di waktu malam.
Petua masakan lazat Linda mudah sahaja, “Saya memang suka dan ‘enjoy’ makanan, jadi saya mahukan orang yang rasa makanan itu sama macam makanan yang Linda nak dan suka makan.”
Nama : Restoran Rasa Wau Alamat : Sunway Giza, Block C-11-G, Jalan PJU 5/14, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari Menu harus cuba : Lauk ikan patin, nasi kerabu daging bakar,daging kerutub,laksa Pahang dan pelbagai sajian pantai timur. Minumannya pula air selasih serai, air asam boi cili
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Peka dengan minat masyarakat pada hari ini dengan minuman yang ada boba, Asmyra Baharudin menawarkan minuman tersebut di gerainya. Ada tiga pilihan iaitu Brown Sugar Boba Barista Milk, Strawberry Chocolate Barista Milk dan Ice Vanilla Latte. Semuanya pada harga hanya RM6 setiap gelas.
Sejak September 2019, Asmyra membuka gerai menjual nasi lemak dan minuman boba kepada pelanggan sekitar Shah Alam dan Subang. Nasi lemak dinamakan Nasi Lemak Pak Maon bersempena nama watak dalam filem P Ramlee yang dirasakan unik. Minuman boba pula adalah sebagai penarik untuk orang ramai mencuba minuman yang menjadi trend masyarakat pada hari ini.
Asmyra.
“Boba yang digunakan adalah Boba dari Taiwan kerana lebih lembut dan sedap berbanding boba yang lain. Idea untuk menghasilkan minuman sebegini timbul selepas melihat kepada permintaan yang tinggi oleh pelanggan boba pearl masa kini,” ujar Asmyra memulakan bicara.
Menurut Asmyra, cara penyediaan air boba ini setanding dengan kafe barista yang ada. Bahan yang digunakan adalah boba pearl Taiwan, susu barista, gula perang, krim putar dan gula merah sebagai ramuan utama dalam penghasilan air boba.
Gerai yang menjadi tumpuan masyarakat setempat.
“Dengan adanya tiga pilihan, pelanggan memang suka dan respon pelanggan amat memberangsangkan. Mereka sangat suka dan komen mereka minuman ini kena dengan cita rasa. Lagi pula harga hanya RM6 tapi mereka dapat minuman setanding di kafe,” kata Asmyra.
Nasi lemak sedap.
Nasi Lemak Pak Maon bukan sekadar dimasukkan santan tapi turut ada serai, halia, kayu manis, bunga lawang, biji pelaga, marjerin, susu cair dan susu pekat. Dilengkapkan dengan daun pandan untuk membangkitkan aroma.
“Lauk utama adalah paru, ayam goreng, sambal sotong, telur ayam, rendang ayam, ayam masak madu dan daging masak hitam. Lauk kami tukar-tukar ikut hari. Resipi sambal pula menggunakan dua jenis cili kering bagi membangkitkan rasa pedas yang sama dan sekata,” tambah Asmyra menutup bicara.
INFO GERAI
NAMA GERAI: Nasi Lemak Pak Maon
PEMILIK: Asmyra Baharudin
LOKASI: Berhadapan HELP University, Subang 2, Shah Alam
WAKTU OPERASI: 5 petang hingga 11 malam (Ahad tutup)
WAJIB CUBA: Strawberry Chocolate Barista Milk, nasi lemak berlauk.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Apa yang istimewa sangat roti canai dekat kedai ni? Ha…tak cuba tak tahu dik..Jawapannya pastilah Roti Canai Tsunami! Menu ni pernah jadi viral di media sosial. Pemiliknya; Muhamad Ali Daud dan isteri Noridah Sapak sendiri tidak menyangka idea cetusan nama tsunami daripada anak mereka itu menjadi tular sampaikan tak menang tangan dibuatnya.
Idea asal Roti Canai Tsunami ni semuanya bermula apabila pensyarah kepada anak lelaki mereka meminta dibuatkan roti canai lain dari yang lain. Mulanya menu ni diberi nama ‘Roti Special’ kemudian diubah menjadi ‘tsunami’ bagi mencipta keunikan. Roti canai ‘tsunami’ sebenarnya adalah roti banjir yang ‘disirami’ kuah kari ,dal dan sambal. Lebih lazat lagi ia turut ditambah dua biji telur separuh masak. Mantap!!
Kalau makan hidangan ni, comfirm kenyang! Hanya dengan RM2.40 satu set bersama air teh atau teh o ais, anda dah boleh tersenyum puas. Lebih istimewa, keenakan Sambal Bilis homemade yang dihidang bersama menjadikan campuran kuah cicah ini menjadi lebih enak. Ada juga Kari Sardin juga uols. Fuhhh! Memang power!
Dek kerana penangan viral ini juga, setiap hari Pak Ali terpaksa menggunakan 35kg tepung untuk menyediakan roti canai berbanding hanya 20kg sebelum ini. Seawal 7.00 pagi lagi pelanggan sudah beratur panjang. Mai lambat, memang rugi. Sewaktu kunjungan RASA, jam 10.30 pagi pun masih ramai lagi pelanggan memenuhi gerai ni. Malah Pak Ali juga menawarkan diskaun untuk para pelajar. Maka tak hairanlah gerai yang terletak di Pantai Dalam ini cukup terkenal di kalangan siswa siswi Universiti Malaya.
Di samping roti canai ‘tsunami’, Pak Ali turut menyediakan roti telur, roti sardin, nasi lemak, bihun dan kuih muih. Memang banyak pilihan yang anda boleh cuba. Jika bawa anak-anak dan keluarga, memang sesuai sangat. Jika anda ingin singgah, gerai Pak Ali ini dibuka setiap hari kecuali Isnin dari jam 7.00 hingga 11.00 pagi. Selamat mencuba! – Faridah Talib
Info Kedai:
Roti Tsunami @Roti Canai Pak Ali
Depan Pantai Perumahan Pantai Permai
Jln Pantai Permai, Pantai Dalam,Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 7.00 pagi – 11.00 pagi
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!