Pertandingan ROTI JALA JELITA JALUR GEMILANG GALA
Tarikh : 14 September 2025 (Ahad)
Masa : 4 petang – 6 petang
Call time (di khemah RASA): 3 petang
Tempat : Pentas di Marquee Tent Jabatan Warisan @ Festival Budaya Malaysia
Hadiah Tunai :
- Pertama : RM800
- Kedua : RM500
- Ketiga : RM300
- 3 x Saguhati : RM100
Syarat Penyertaan:
- Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
- Terbuka kepada peserta individu sahaja – bukan kumpulan.
- Peserta wajib menyediakan Roti Jala bertema Jalur Gemilang dari segi warna, bentuk atau susunan.
- Persembahan roti jala mestilah disiapkan dalam saiz minimum 60 cm x 60 cm.
- Roti Jala perlu dihidang dalam bekas lut sinar (contoh: acrylic box, bekas plastik jernih, kaca) supaya juri dapat menilai dengan jelas.
- Karya Roti Jala Jelita mesti kelihatan kemas, bersih dan kreatif.
- Peserta juga wajib menyediakan kuah kari sebagai pelengkap hidangan.
- Semua peserta wajib memakai pakaian tradisional Malaysia semasa sesi penilaian.
- Peserta diberikan masa 3 minit untuk menjelaskan kepada juri di atas pentas tentang rekaan Roti Jala Jelita
- Peserta perlu menyerahkan hasil Roti Jala kepada pihak penganjur selepas penilaian selesai untuk tujuan edaran percuma kepada pengunjung festival.
- Semua penyediaan dan hiasan perlu disiapkan lebih awal dari rumah, dan hanya sentuhan akhir dibenarkan di tapak acara.
- Pihak penganjur tidak menyediakan kemudahan dapur/masakan, hanya ruang pameran.
- Penilaian akan dibuat berdasarkan:
- Kreativiti tema Jalur Gemilang
- Warna & kemasan persembahan
- Rasa dan aroma roti jala & kuah kari
- Kebersihan dan susun atur hidangan
- Penampilan peserta (pakaian tradisional)
- Peserta wajib hadir 1 jam sebelum waktu pertandingan untuk sesi taklimat & penyusunan tapak.
- Keputusan juri adalah muktamad.
Pertandingan ROTI CANAI MELAYANG
Tarikh : 15 September 2025 (Isnin)
Masa : 4 petang – 6 petang
Call time (di khemah RASA): 3 petang
Tempat : Pentas di Marquee Tent Jabatan Warisan @ Festival Budaya Malaysia
Hadiah Tunai :
- Pertama : RM300
- Kedua : RM200
- Ketiga : RM100
- Saguhati : Goodie bags
Syarat Penyertaan :
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
- Terbuka kepada amatur & semi-profesional sahaja (bukan chef hotel/restoran profesional).
- Setiap peserta hanya boleh mewakili diri sendiri, bukan organisasi atau pasukan.
- Peserta perlu menunjukkan kemahiran melempar/terbangkan doh roti canai secara kreatif & menghiburkan.
- Doh asas akan disediakan oleh pihak penganjur. Peserta hanya bawa diri & gaya!
- Peserta dikehendaki memakai pakaian bersih & sesuai (baju T & apron akan diberikan oleh penganjur).
- Penyertaan adalah terhad kepada 10 lelaki & 10 wanita sahaja, berdasarkan siapa cepat dia dapat (first come first serve).
- Semua peserta wajib hadir ke sesi taklimat ringkas 30 minit sebelum pertandingan bermula.
- Markah akan dinilai berdasarkan:
- Gaya & teknik ‘melayang’
- Kreativiti persembahan
- Kebersihan & kawalan doh
- Sorakan & interaksi penonton
- Keputusan juri adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
Pertandingan TEH TARIK KING & QUEEN OKI
Tarikh : 16 September 2025 (Isnin)
Masa : 2 petang -4 petang
Call time (di khemah RASA) : 1 petang
Tempat : Pentas di Marquee Tent Jabatan Warisan @ Festival Budaya Malaysia
Syarat Penyertaan:
- Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
- Peserta tidak boleh merupakan barista profesional dari kafe/restoran berdaftar.
- Setiap peserta perlu menunjukkan kemahiran ‘menarik’ teh secara kreatif, bersih & bertenaga.
- Peserta boleh menggunakan gaya dan berpakaian tradisional untuk menambah nilai persembahan, selagi tidak keterlaluan atau menyinggung.
- Semua bahan disediakan oleh pihak penganjur.
- Peserta tidak dibenarkan membawa bahan/minuman sendiri.
- Wajib hadir ke sesi taklimat & undian giliran sejam sebelum pertandingan bermula.
- Jumlah penyertaan terhad – penyertaan adalah berdasarkan siapa daftar dahulu.
- Penilaian juri berdasarkan:
- Teknik & ketinggian tarik
- Konsistensi buih
- Persembahan (gaya & hiburan)
- Kebersihan & kekemasan
- Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
Kategori Pemenang:
- Teh Tarik King OKI (Lelaki Terbaik)
- Teh Tarik Queen OKI (Wanita Terbaik)
*Sila patuhi masa kehadiran (call time) Jika tidak dapat hadir, sila maklumkan kepada urusetia seawal mungkin
*Peserta yang terpilih akan dihubungi oleh urusetia pertandingan
Info penting :
- Sila isi lengkap butiran di bawah
- Ini merupakan pra pendaftaran sahaja
- Penganjur akan hubungi anda untuk penyertaan anda