Makan

Lauk Gulai Ikan Tongkol Ni Buat Tambah Nasi Berkali-Kali!

Share

Tak sah kalau masak gulai ikan tongkol tapi tak bertambah nasi! Kuahnya yang pekat, cukup rasa masin, masam dan pedas, memang ‘kena’ sangat dengan nasi panas. Bau rempah yang meresap dalam isi tongkol tu pula buat selera terbuka luas walau baru lepas makan. Gulai ni bukan biasa-biasa—ini lauk legend yang dari dulu sampai sekarang tetap jadi kegemaran ramai, terutama orang Pantai Timur.

Resipi ni guna bahan ringkas tapi hasilnya padu! Nak masak untuk keluarga, untuk bekal atau juadah hujung minggu pun memang sesuai. Lagi lama dipanaskan, lagi sedap rasanya. Nak tahu macam mana nak buat gulai ikan tongkol yang confirm buat orang ‘repeat’ nasi? Jom tengok resipi penuh kat bawah ni.

GULAI IKAN TONGKOL

BAHAN-BAHAN:

2 ekor ikan tongkol (potong besar)
4 asam keping
1 gula melaka (kecil)
½  sudu besar garam
Air secukupnya
1 ½ cawan minyak – untuk menumis
5 sudu besar cili kisar
2-3 cawan air rebusan ikan
1 kotak santan (200ml)
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
3 sudu besar kerisik
15 biji cili padi merah

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:

2 biji bawang besar
6 biji bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup

BAHAN-BAHAN SANGAI & KISAR KERING:
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Azlin