Langkah Masak Puding Buih, Buat Homemade Memang Terjamin Selamat.

Share

Dek kerana kes keracunan makanan yang berlaku di Terengganu baru-baru ini, nama Puding Buih jadi popular pula. Kalau betul pengendalian waktu masak, mustahil berlaku kejadian keracunan hingga menyebabkan 99 orang dengan satu kematian.

Nak segar dan selamat jom kita belajar buat sendiri. Yang penting telur bila dah dipecahkan tak boleh dibiarkan terdedah lama, terutamanya meringue (putih telur yang dikacau gebu juga tak boleh dibiarkan diluar lebih daripada empat jam.

Ni resipi yang dikongsikan dalam FB Meong. Makan dingin memang nyaman dan sedap. Siap ada kuah kastad lagi terjamin super sedap.

PUDING BERKUAH KASTAD SIMPLE



BAHAN-BAHAN :


.

Bahan puding :
1 bungkus agar2 tali (20gm)
1 liter air
1/2 cawan gula
5 biji telur (asingkan kuning dan putih)
2 biji kuning telur
I sudu kecil esen vanila
Pewarna merah jambu (ikut la nk warna apapun)

Bahan kuah kastard :
1 tin susu sejat
1 1/2 tin air (guna tin susu sejat)
1 sudu besar kastad
3 biji kuning telur
4/4 cawan gula
1sudu kecil esen vanila

CARA MEMASAK :

1. Mula-mula didihkan air, dah mendidih masukkan agar2 tali. Kacau sehingga agar2 betul2 larut. Kemudian sejukkan.


.

2. Asingkan kuning dan putih telur. Usah keliru, telur memang 5 biji saja. Tp ni ada sebiji yang kembar ni.telur gred jumbo ni mmg selalu ada telur kembar, nasib nasib aje ni, kata empunya resipi,


.

3. Masukkan telur putih dlm bekas lain, putarkan dengan kelajuan maximum sehingga telur putih tu jadi kembang dan meringue


.4. Kalau terbalikkan bekas dia tak jatuh dah.


.

5. Masukkan telur kuning 2 biji tadi, putar lagi.Putar sampai betul2 sebati.


.

6. Kemudian masukkan gula,esen vanila, putar lagi sampai sebati dan gebu.


.

7. Lepas tu dgn perlahan masukkan larutan agar2 tadi. Pastikan larutan dah sejuk tau.Jgn letak panas suam nanti buih tak menjadi,kemudian sambung putar


.

9. Masukkan pewarna. Putar lagi hingga betul2 sebati.


.

10.Dah selesai,Masukkan dalam acuan.
11.Masukkan dlm peti ais.
12.Sementara tunggu puding mengeras dan betul2 sejuk,kita buat kuah kastard pulak .


.

13.Masukkan semua bahan kuah kastad dlm periuk.. Tapi utk tepung kastad tu lebih baik larut dlm air sikit..baru curah dlm periuk.
14.Panaskan sehingga mendidih,jgn berhenti kacau sbb dia cepat hangit..
15.Dah mendidih dan bau wangi,tutup api. Tapi pastikan korang kacau lagi. Sehingga kurang buih, lepas tu boleh sejukkan.
16.Puding dah sejuk..kuah kastard dah sejuk, sedia dihidang


.
Nyaman tekak bila makan ni, super sedap dengan kuah kastad. Cubalah…

Kredit FB :Meong

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

 

 

 

IKLAN