Langkah Buat Kuih Abuk-Abuk 3 Bahan. Mudah DiMasak Guna Loyang Aje

Share

Biasa makan kuih abuk-abuk tak? Ni antara kuih legend warisan dari nenek moyang kita. Alaa yang berbentuk kon dibalut daun pisang tu. Rasanya lemak manis, dibuat daripada sagu, kelapa parut dan gula perang atau gula Melaka.

Dah lah bahan-bahannya ringkas, buatnya pun mudah aje. Yang penting sukatan kena betul dengan nisbah 2:1:1 iaitu 2 bahagian sagu, 1 bahagian kelapa parut dan 1 bahagian gula. Taka da daun pisang, guna loyang lagi mudah.

Jom tengok langkah membuatnya seperti yang dikongsikan di laman buatwanita.blogspot.com.

KUIH ABUK-ABUK

Foto : ingrumweb.com

BAHAN-BAHAN :

  • 4 Cawan Sagu
  • 2 Cawan kelapa Parut
  • 2 Cawan Gula Perang
  • Sedikit Garam | jika suka

CARA MEMASAK:
1. Rendam sagu selama setengah jam sehingga sedikit kembang.
2. Tapis dan toskan sagu yang telah direndam hingga tiada air.
3. Gaulkan sagu bersama kelapa parut dan sedikit garam.
4. Bahagikan adunan sagu kelapa kepada dua bahagian.


5. Masukkan satu bahagian adunan sagu ke dalam loyang berukuran 20 sm (8 inci)
6. Taburkan gula perang atau gula melaka yang telah hancur.
7. Tuang separuh lagi adunan sagu kelapa dan ratakan.

8. Kukus selama sejam atau sehingga masak.

LANGKAH DEMI LANGKAH :

  1. Gaulkan sagu dan kelapa parut hingga sekata.

2. Masukkan separuh adunan sagu kelapa ke dalam Loyang

 

3. Taburkan gula perang atau gula melaka.

4. Tuang separuh lagi adunan sagu kelapa dan ratakan.

5. Kukus sehingga masak.

6. Kukus sehingga sagu bertukar warna dari putih ke jernih,

Gula tu boleh disesuaikan ikut citarasa. Kalau nak manis lebihkan, kalau nak kurang manis, kurangkan. Lagipun gula perang atau gula melaka, tahap manisnya tak sama, ikut citarasa. Lebih mudahkan guna loyang. Tak payah nak pergi cari atau beli daun pisang.

Kredit: Resipi dan Foto buatwanita.blogspot.com

 

 

IKLAN