Laku Keras Sampai Repeat Order, Wanita Ini Kongsi Resipi Peria Crispy

Share

Ramai yang tak suka makan peria kerana rasanya yang pahit. Namun pernah terfikir tak yang peria pun boleh jadi kudapan yang sedap dan rangup?

Melalui perkongsian resipi daripada Afiqah Ika, kini dia boleh membuat hasil dengan menjual crispy peria.

CRISPY PERIA

BAHAN:

10 biji peria – tak kisah peria katak atau peria besar

BANCUHAN TEPUNG

2 cawan tepung bestari original –beli online di sini


1 cawan tepung jagung – beli online di sini
1 cawan tepung beras – beli online di sini

CARA-CARA:

1.Saya guna peria besar. Belah tengah buang biji, tak belah pun tak apa. Hanya korek biji guna pisau atau sudu besi.


2. Kemudian, potong nipis-nipis ya. Nak guna pisau pun boleh, sagat pun boleh. Sagat bagi nipis ya, sebab kalau tebal nanti tak rangup.


3. Apabila dah siap sagat, rendam dengan air garam selama 1 jam.
4. Lepas 1 jam, basuh peria bersih-bersih, bagi hilang rasa pahit-pahit dan toskan peria.


5. Sediakan bancuhan tepung untuk salut peria. Kemudian, masukkan peria. Bagi rata-rata tepung pada peria.


6. Tapiskan peria yang disalut tepung. Kena tapis supaya tepung tak tebal sangat masa nak goreng.


7. Dah siap tapis, boleh masukkan ke dalam minyak. Goreng sehingga nampak kekuningan. Angkat dan toskan.


8. Dah sejuk boleh makan. Kalau nak isi dalam balang, pastikan sejuk dulu ya.

Kredit resipi: Afiqah Ika

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN