Laksa Cina Dengan Kelainan Rasa Pada Kuahnya

Share

Hari ni mengidam nak makan laksa. Tapi bukan laksa utara atau penang. Kita buat laksa cina. Kombinasi ikan kembung dan sardin memekatkan kuah dan tambah enak. Selain itu untuk kuahnya kita letakkan campuran bawang putih, bawang besar , lengkuas, serai, buah keras dan kunyit memberikan kelainan rasa pada kuah laksa. Kepedasan kuah terpulang pada citarasa masing-masing.

Bahan untuk kuah:
Ikan kembung/ sardin
1 tin sardin besar
2-3 biji bawang besar *
1 labu bawang putih *
1 inci lengkuas
2 batang serai
4 biji buah keras **
4 batang kunyit hidup *
Cili padi ikut suka *
Cili kering dikisar ikut suka
1/2 inci belacan**
Asam keping ikut suka
4 kuntum bunga kantan
4 batang daun kesom
1/2 biji buah nenas dikisar
* Ditumbuk / kisar sekali
** Ditumbuk asing

Bahan untuk hiasan:
Bawang besar dihiris
Cili padi dipotong kecil-kecil
Bunga kantan dihiris
Fish ball direbus
Fish kek digoreng dipotong-potong
Daun pudina
Limau Kasturi
Telur rebus

Cara memasak:

1. Rendam laksa dahulu sampai agak lembut . Rebus tak lama. Masa merebus pastikan letak garam , moga laksa sedap. Sambil tu rebus telur sekali. Pastikan telur dibasuh. Jimat masa.
2.

Semua bahan * tumbuk ditumis sampai wangi. Kemudian masukkan bahan ** . Lengkuas, belacan dan terus tumis sampai semua bahan tumisan betul-betul masak.

3. Pastikan semua bahan betul-betul masak.

4. Masukkan semua ikan yang ditumbuk, air rebusan, bunga kantan, daun kesom , asam keping, cili padi, buah nenas.

5. Perasakan gula, garam dan perasa secukupnya.

 

6. Gaulkan rata dan biarkan masak selama mana suka, lagi lama lagi sedap. Biarkan mereneh .
7. Dah siap untuk dihidang untuk keluarga.

*Tip
Boleh letak petis udang kalau suka. Laksa cina asli tak perlu letak petis udang.
Kredit: Jamaiyah Sadri

MENCARI PEMANGGANG ELEKTRIK  KLIK DI SINI.

BOLEH LIHAT RESIPI LAIN:

https://www.rasa.my/laksa-utaqa-ikan-sekoq/

 

 

IKLAN