
Sambal pembuka selera yang terkenal di negeri Pahang. Ini cara paling mudah dan cepat untuk anda cuba buat sendiri sambal hitam Pahang dalam portion yang sedikit.

SAMBAL HITAM PAHANG
BAHAN-BAHAN:
- Minyak masak
- Belimbing buluh yang sudah di rebus
- 1/2 cawan cili padi (ikut kepedasan masing korang)
- 1/2 cawan ikan bilis yang telah dikopek
- 7 ulas bawang merah (5 ulas ditumbuk, 2 ulas dihiris nipis)
- 5 ulas bawang putih (3 ulas ditumbuk, 2 ulas dihiris nipis)
- 1/2 bawang besar dihiris nipis *jika perlu
- Garam & gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Tumbuk cili padi sehingga halus. Tumbuk 5 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih sehingga lumat. Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat. Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.
2. 2 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih di hiris nipis.


3. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan putih yang di hiris sehingga bau wangi.
4. Masukkan bahan bahan tumbuk sekaligus & tumislah bahan bahan tersebut sehingga pecah minyak.
5. Tambahkan garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit
6. Masukkan bawang besar jika perlu. Bagi lembut/layu.
INFO: Sambal ini boleh disimpan lama tau. Boleh makan dengan roti dan nasi kosong pun boleh.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Ain Nazirah Roslan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat Sambal Belacan Sedap, Mudah Buat & Tahan Lama.

Ramai yang suka makan sambal belacan tapi tak tahu cara nak hasilkan sambal yang sedap. Jika google resipi, tentunya terlalu banyak yang ada. Jenuh pula nak tengok satu-satu kan? Min ada terjumpa satu resipi Sambal Belacan perkongsian saudari Cik CA. Nampak mudah dan sedap. Persis resipi dan cara orang tua dulu-dulu. Bagi anda yang nak cuba, boleh share resipi ni.
SAMBAL BELACAN SEDAP
BAHAN-BAHAN:

- 4 ulas bawang merah saiz 50 sen ( kalau saiz besar bawang bombay, guna 2 biji dah cukup )
- 2 ulas bawang putih
**( Alirkan @ basuh bawang bawah air paip sekejap, belah dua dan bakar atas pan sampai perang.Bawang merah tak perlu kupas sebab bahagian yang sebelah tu tebal jadi ambik masa lama sikit untuk masak.Takpa bagi hangit kulit tu. Nanti nak kisar baru kupas. Tak perlu basuh dah)


- 1 inci belacan bakar juga ( alirkan bawah air juga sebelum bakar )
- 5-6 biji cili merah besar
- 9-10 biji cili padi hijau thai – buang tangkai
- 3 sudu makan gula putih
- 2 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk perasa
- 2 sudu makan cuka
- 9-10 biji limau kasturi saiz kecik ( kalau saiz sederhana besar guna 6/7 biji sahaja)
- 1 sudu makan gula perang – untuk cantikkan sambal
CARA MEMASAK:
1. Potong cili, alirkan bawah air sekejap sambil gosok dan tos biar kering.Boleh lap dengan tisu juga. Itu tips juga nak bagi sambal sedap.

2. Dalam pengisar,masukkan bawang bakar, gula, garam, gula perang, air perahan limau kasturi, belacan,bawang putih dan tapis ketika perah limau kasturi untuk elak biji masuk.

3. Lepas tu kisar bagi lumat atau hingga dapat tekstur yang anda mahu.
4. Kemudian barulah masukkan cili bersama 1 1/2 biji kulit limau kasturi ( tanpa sebarang biji dan tangkai). Kisar ikut tahap lumat yang andaCA suka 80-85% lumat je.

5. Seterusnya tabur parutan kulit limau kasturi yang diparut daripada 3 biji yang diperah tadi (kalau suka.) Lepas tu boleh rasa sambal dan ubahsuai rasa ikut citarasa masing-masing.


6. Simpan sampan dekat luar semalaman. Esok baru simpan dalam peti dan mula makan.Makin lama makin sedap rasa sambal ni.

SILAKAN SHARE TAK PERLU MINTA IZIN YA. CA HALALKAN.
INFO DARI CIK CA:
- CA sekeluarga ni jenis hantu sambal belacan. Sekali buat stok tu dia. Buat cicah dengan ikan sardin goreng,ulam. Aduhhh pekat kaw. Makan dengan semua benda sambal ni.
- Tak guna air kosong masa kisar sambal. Air hanya dari air bawang, cuka, air asam limau kasturi.
- Sambal dalam gambar ni CA buat 5 kali ganda sukatan. Kalau nak buat banyak, gandakan sahaja sukatan di bawah. Sambal ni pedasnya level rendah sebab guna cili merah besar banyak dari cili padi hijau thai.
- Sambal ni tak perlu tumis ya. Memang warnanya cantik macam tu sebab ia akan masak sendiri perlahan-lahan hasil air perahan limau. Makin lama makin sedap rasanya.
- Resepi CA bgi ni untuk 1 sukatan senang nak buat sikit. CA buat dalam gambar tu 5 kali ganda .
Kredit resipi & foto: Cik CA
Tengah usha BLENDER baru ke tu? Meh pilih dekat SINI. RASA senaraikan pilihan blender terbaik buat anda. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Jom cuba resipi bawah ni. Memang mudah, sedap & gerenti jadi.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nasi Lemak Basmathi Paling Sedap, Padan Dengan Sambal Kerang. Paduuu.

Nasi Lemak memang tak lengkap tanpa padanan sambalnya. Masak nasi lemak guna beras basmathi pun gerenti sedap gak, lembut berderai dan sedap nasinya.
Ni dia resipi perkongsian daripada Mariana Zainal, yang bestnya siap dengan sambal kerangnya sekali. Terbaiklah Mariana.
NASI LEMAK BASMATHI

.
BAHAN-BAHAN :
- 4 cawan beras basmathi
- 1 cawan santan pekat
- 5 cawan air
- Sebesar ibu jari halia(hiris)
- 1 biji bawang besar hiris
- 1 sudu teh lada hitam( lada hitam biji, buang angin dlm badan) – beli online DI SINI
- 3 biji bunga lawang(bangkit aroma) – beli online DI SINI
- 1 helai daun pandan(simpul)
- 2 sudu teh garam
CARA MEMASAK :
1. Basuh beras. Eloknya beras basmathi direndam dulu dengan air sekurangnya 30 minit), toskan.
2. Masukkan semua bahan dan beras dalam periuk nasi elektrik.. Tekan cooked.. Biarkan sehingga masak…siap.
3. Apabila butang periuk dah naik, jangan kacau nasi tu lagi, biar aje dulu, lepas 15 minit nanti baru kacau.
2.SAMBAL KOSONG

.
BAHAN-BAHAN :
Bahan kisar :
- 35 tangkai cili kering – beli online DI SINI
- 3 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 3 sudu besar ikan bilis – beli online DI SINI
- 1/2 sudu teh belacan(sikit jer tau) – beli online DI SINI
- 1 1/2 cawan minyak masak
(kisar semua bahan ini)
Bahan lain :
- 1 biji bawang besar(hiris)
- 3 sudu besar gula pasir
- 1 sudu besar gula merah – beli online DI SINI
- 3 sudu besar air asam jawa(sederhana cair)
- Sedikit garam
- Sedikit bahan perasa
CARA MEMASAK :
1. Masukkan bahan kisar dalam kuali masak guna api sederhana.(jangan letak minyak sbb Mariana dah kisar dengan minyak,salah satu teknik bila masak sambal tak nak merecik.
2. Bila cili dah mula masak elok..masukkan bawang hiris,gula pasir,gula merah,air asam jawa dan bahan perasa..
3. Masak hingga pekat bila dah pekat masukkan garam..Sesuaikan rasa, buang lebihan minyak.
3. SAMBAL KERANG

.
BAHAN-BAHAN :
- 3 kg kerang (rebus dan kopek ambil isi)
- 1 1/2 keping asam keping – beli online DI SINI
- 3 sudu besar gula
- 1/2 sudu besar garam – beli online DI SINI
- 1 sudu teh bahan perasa
- 1 cawan air
Bahan kisar
- 2 biji bawang besar
- 6 ulas bawang putih
- Sebesar ibu jari halia
- 35 tangkai cili kering – beli online DI SINI
- 3 sudu besar ikan bilis – beli online DI SINI
- 1 cawan minyak masak
(kisar semua bahan ini)
Hiasan
1 biji besar besar ( potong bulat)
CARA MEMASAK :
1.Masukkan bahan kisar dalam kuali.
2. Masukkan asam keping,gula,garam dan bahan perasa.
3. Tumis hingga naik minyak dan garing, api sederhana dan kacau sesekali.
4. Apabila sambal dah masak elok, masukkan kerang dan air.
5. Masukkan juga bawang besar yg di hiris bulat.
6. Sambal agak pekat tutup api, dah siap.
TIP DARI MARIANA : NAK NASI YANG LEBIH LEMBUT TAMBAH 1/2 LAGI CAWAN AIR..
:JIKA GUNA BERAS BIASA, 1 CAWAN BERAS DAN 1 1/2 CAWAN SANTAN CAIR
Kredit foto & resipi : FB Mariana Zainal
ANDA SEDANG MENCARI PENGISAR UNTUK KISAR BAHAN SAMBAL JOM BELI ONLINE DI SINI.
JOM JENGUK VIDEO MASAKAN INI :
DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :
https://www.rasa.my/bau-wangi-daun-ketumbar-pada-nasi-ayam-thai-buat-berselera-nak-makan/
https://www.rasa.my/nasi-hujan-panas-ayam-masak-merah-tak-pernah-jemu-makan/
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sambal Tempoyak Bilis Petai Super Sedap. Boleh Berpeluh Makan

Sambal tempoyak bilis petai ini memang sedap dan memanggil-manggil untuk makan bertambah-tambah nasi nanti.
Sebenarnya mudah saja nak masak sambal tempoyak bilis petai ini. Bahan pun tak banyak sangat guna. Lauk yang cukup simple tapi boleh berpinggan makan nasi. Tak caya, cubalah!
Okay, ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Sanah Ana ini ye.
Sambal Tempoyak Bilis Petai
Bahan-bahan:
1 cawan tempoyak
Sedikit cili padi – boleh beli online di sini
1 sudu teh garam – boleh beli online di sini
Ikan bilis – boleh beli online di sini
Petai – buang kulit
Daun kunyit
Minyak masak – boleh beli online di sini
Cara Memasak:

Goreng dulu ikan bilis. Angkat dan toskan. Ketepikan.
Tumbuk cili dengan garam. Setelah siap tumbuk, gaulkan dengan tempoyak (lagi banyak lagi sedap)
Dah siap gaul, panaskan minyak masak. Tumis campuran cili dan tempoyak tadi. Masukkan ikan bilis yang dah siap digoreng. Gaul sampai rata.

Masukkan daun kunyit sikit dan gaul lagi.
Last sekali masukkan petai. Gaul sekejap jer biar petai itu rangup.

Siap. Makan dengan nasi panas-panas memanf mantap! Tak cukup sepinggan nanti.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Sambal Ikan Goreng Berapi. Simple Tapi Buat Makan Nasi Bertambah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

