Kurma Banyak Lagi Di Rumah? Boleh Buat Kek Kurma, Barulah Tak Membazir

Share

Wahai mak-mak sekalian, cuba periksa ada kurma ke tidak di dapur? Ataupun tersimpan elok di dalam peti sejuk sejak dari bulan puasa yang lalu.

Tapi apa nak buat ye dengan kurma lebihan ni? Haa, jangan buang ye. Selain boleh dibuat sebagai minuman sihat, kurma boleh juga dijadikan salah satu bahan untuk kek!

Resipi perkongsian saudari Asmidar Nor, boleh dijadikan sebagai juadah makan petang sempena projek PKP di rumah.

Jom la komee kita buat Kek Kurma Homemade sendiri saja.

BAHAN-BAHAN:

6 biji telur gred D (kalau gred A/B guna 5 biji) 
250g marjerin atau mentega – beli online di sini
2 cawan tepung gandum (ayak bersama soda bikarbonat dan baking powder) – beli online di sini
¾ cawan gula kastor – beli online di sini
Esen vanilla – beli online di sini
10 biji kurma lembik 
Kurma keras

CARA-CARA:

1.Lenyekkan kurma lembik tetapi jangan terlalu kasar atau terlalu halus. Ketepikan.


2.Satukan marjerin dan gula. Kacau guna senduk sahaja sampai sebati. Masukkan telur satu persatu, jangan semua sekali ye. Kemudian, masukkan sedikit esen vanilla.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


3. Masukkan kurma yang telah dilenyekkan tadi. Kacau sebati. Kemudian, masukkan tepung yang diayakkan tadi. Kacau sebati sekali lagi.


4. Sapu loyang dengan minyak atau alas dengan baking paper. Tuang adunan ke dalam loyang. Kemudian, tabur kurma keras tadi ikut kreativiti masing-masing.


5. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 160C selama 55 minit. (bergantung kepada ketuhar masing-masing).

Kredit resipi & foto: Asmida Nor

Dapatkan lebih banyak resipi yang sedap, mudah dan cepat dimasak di laman web Rasa:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:

https://www.youtube.com/watch?v=Nvb5g62e1b0

 

IKLAN