Kuih Puteri Mandi , Manisan Tak Lekang Dek Zaman

Share

Menurut Farisha Sofea , kuih ini sebenarnya berasal dari negeri belah pantai timur .

Ia dipercayai diberi panggilan ” puteri mandi ” kerana prosesnya yang persis seperti seorang puteri yang dimandikan dengan air panas , serta ditambah dengan curahan air gula melaka dan juga isi kelapa parut .

Apa pun manisan tradsional warisan zaman berzaman ini memang tak luput dan lekang dek zaman. Kuih kegemaran ramai hingga kini. Jom semak resipi perkongsian Farisha Sofea

ini.

KUIH PUTERI MANDI

BAHAN-BAHAN :

Bahan Doh :

  • 1 cawan tepung pulut
  • sedikit garam
  • sedikit air kapur ( tak letak )
  • 1/2 cawan air daun pandan

Bahan Sira Gula Melaka :

  • 2 ketul gula melaka bersaiz kecil
  • 2 sb gula ( boleh sesuaikan rasa )
  • 1 helai daun pandan
  • 1/4 cawan air
  • secubit garam
  • 3/4 cawan kelapa parut

CARA MEMASAK :

1. Satukan ke semua bahan doh kecuali air .
2. Gaul rata dan tuangkan air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga adunan menjadi doh . K

emudian bulat bulatkan doh dan tekan sedikit di bahagian tengah doh tersebut .


3. Ulang sehingga habis .


4. Didihkan air di dalam periuk dan masukkan doh tadi .


5. Rebus sehingga doh timbul di permukaan .
6. Angkat dan letakkan di dalam mangkuk berisi air sejuk .


7. Ketepikan seketika .
8. Di dalam kuali , masukkan Bahan Sira Gula Melaka kecuali kelapa parut .
9. Masak sehingga gula larut sepenuhnya .


10. Kemudian masukkan kelapa parut dan masak seketika .


11. Toskan doh tadi dan masukkan ke dalam kuali .


12. Masak sehingga kuah sedikit kering .
13, Tutupkan api dan letakkan di dalam pinggan .
14. Siap , sedia dihidang 💓

FB : farisha Sofea
IG : _farisha_sofea

IKLAN