Kuih Lopes Pulut Paling Mudah & Tak Guna Banyak Bahan.

Share

Anda suka makan Kuih Lopes Pulut? Bagi yang tercari-cari resipi mudah, sedap dan tak guna banyak bahan, perkongsian dari Opah Mas Cotek ni boleh dicuba. Pasti puas hati dengan hasil dan rasanya. Memang terbaik. Sangat sesuai dijadikan sajian minum petang.

 

CARA MASAK KUIH LOPES PULUT

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan beras pulut
  • Air pandan secukupnya
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1 biji abuchang @ khee – boleh gantikan dengan kapur

BAHAN AIR GULA MELAKA:

  • 3 keping gula melaka
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • 2 ½ cawan air

BAHAN-BAHAN LAIN:

  • Daun pisang untuk membungkus
  • Tali atau getah untuk mengikat
  • Kelapa parut putih – gaul dengan sedikit garam

CARA MEMASAK:
1. Rendam beras pulut bersama air pandan dan abuchang. ( jika beras pulut biasa, rendam 1 malam. Jika guna pulut susu, rendam 4 jam sudah memadai.)


2. Kukus pulut selama ½ jam.
3. Bungkus pulut dalam daun pisang, kemaskan dengan mengikat menggunakan tali atau getah.


4. Rebus bungkusan pulut tadi selama 1 jam.


5. Sejukkan, potong dengan benang.


6. Gaul kepingan lopes bersama kelapa dan hidangkan dengan air gula melaka.


7. Untuk membuat air gula melaka, masak semua bahan hingga larut. Sejukkan dan tapis.

Kredit resipi & foto: Mas Cotek

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA MENU-MENU DI BAWAH INI:

IKLAN