
Sedapnya Kuih Lapis Labu Gedik ni. Mana tidaknya, kuih tradisional ini dibuat menggunakan santan asli dan juga labu segar yang memberi rasa lemak manis semula jadi. Teksturnya pula lembut, kenyal dan sangat ‘gedik’ bila dimakan. Bagi anda yang nak cuba buat kuih ni di rumah, resipi perkongsian saudari Marlia Lia ini memang antara yang terbaik boleh dicuba.
Paling menarik, kuih ini tidak menggunakan pewarna tambahan kerana warna kuning asli daripada labu sudah cukup cantik dan menyelerakan. Bahan-bahannya juga sangat ringkas dan mudah didapati. Sesuai dijadikan hidangan minum petang atau pencuci mulut untuk seisi keluarga.
2. Di dalam bekas besar, satukan semua bahan-bahan B. Gaul dan adun hingga rata supaya tidak berketul.
3. Panaskan santan menggunakan api perlahan sambil dikacau supaya santan tidak pecah minyak.
4. Tuang santan suam ke dalam campuran tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau menggunakan pemukul tangan atau hand whisk. Pastikan adunan sebati dan licin. Selepas itu tapis adunan untuk mendapatkan tekstur kuih yang lebih halus.y
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian sama banyak. Satu bahagian dicampur dengan puri labu manakala satu lagi dibiarkan pada warna asal.
6. Panaskan kukusan sehingga air mendidih. Sediakan loyang bulat bersaiz 9 inci dan sapukan sedikit minyak pada permukaan loyang.
7. Masukkan loyang ke dalam kukusan terlebih dahulu supaya loyang benar-benar panas sebelum proses melapis dimulakan.
8. Tuang lapisan putih terlebih dahulu dan kukus selama 5 minit. Selepas itu, tuang lapisan labu dan kukus semula selama 5 minit. Pastikan setiap lapisan mempunyai ketebalan yang sama supaya hasil Kuih Lapis Labu Gedik lebih cantik dan kemas.
9. Ulang proses melapis sehingga adunan habis digunakan. Untuk lapisan terakhir, kukus selama 20 hingga 25 minit supaya kuih masak sepenuhnya.
10. Bagi memastikan Kuih Lapis Labu Gedik tahan lebih lama dan tidak cepat basi, buka sedikit penutup kukusan selepas kuih masak dan teruskan kukus selama 5 hingga 10 minit lagi untuk mengeringkan wap air pada permukaan kuih.
11. Angkat loyang dan biarkan kuih sejuk sepenuhnya sebelum dipotong. Kuih lebih cantik dipotong apabila benar-benar sejuk.
Gunakan santan segar untuk mendapatkan rasa lemak yang lebih asli dan tekstur kuih yang lebih lembut. Selain itu, pastikan setiap lapisan dikukus secukupnya sebelum menuang lapisan seterusnya bagi mengelakkan lapisan bercampur.
Api kukusan juga memainkan peranan penting. Gunakan api sederhana sepanjang proses mengukus supaya permukaan kuih tidak berombak atau berlubang. Jika terlalu kuat, tekstur kuih boleh menjadi kasar dan tidak sekata.
Kuih Lapis Labu Gedik ini memang sesuai dinikmati ketika minum petang bersama keluarga. Rasa lemak santan dan manis semula jadi daripada labu menjadikan kuih tradisional ini sangat istimewa. Malah, tanpa penggunaan pewarna tambahan pun hasilnya tetap cantik dan menyelerakan.
Jika anda penggemar kuih tradisional, resipi ini memang wajib cuba kerana cara pembuatannya mudah dan hasilnya sangat memuaskan.
Kredit resipi & foto: Marlia Lia
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: