Kuih Lapis Guna Santan Asli Guna Sukatan Cawan. Lemak Manis Memang Puas Makan

Share

Memang enak rasanya dapat nikmati kuih lapis penuh dengan rasa lemak. Makan pun puas, memang kalah yang dibeli. Kuih lapis sukatan cawan ini memang disukai tambah pula bertemankan air kopi. Ralit makan weyy. Ikut cara membuatnya daripada Puan

Ranisah Sazali.

Kuih Lapis
Bahan-bahan:

2 cawan tepung beras (•)
1 cawan tepung gandum (•)
½ cawan tepung jagung (•)
1 cawan gula pasir (•)
6 cawan santan kelapa asli(•)
Pewarna merah dan hijau
Secubit garam

Cara memasak:
1.Masukkan semua bahan bertanda (•) ke dalam pengisar, Kisar hingga sebati.
2.Bahagikan adunan kepada 3/2 bahagian.
3.Setiap adunan letak pewarna kecuali adunan warna putih letak secubit garam
4.Kukus selapis-selapis selama lima minit, bila dah masak lorekkan guna garfu pada bahagian yang sudah masak dan lapis lagi adunan berwarna lain.
5.Lapisan terakhir masak dalam 10 minit tambah tiga minit buka penutup periuk untuk hilangkan wap pada atas bahagian kuih , kuih akan jadi licin


6.Acuan atau loyang dioles dengan sedikit minyak untuk memudahkan kuih keluar.
7.Tunggu kuih hingga sejuk baru boleh keluarkan dari acuan.

Kredit: Ranisah Sazali

KLIK DI SINI UNTUK MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR DAN RUMAH.

IKLAN