Kuih Cara Berlauk Lembut, Paling Sedap Dan Mudah.

Share

Tengah fikir nak buat kuih apa hari ni untuk sarapan esok. Ni dia kuih cara berlauk dengan inti  daging cincang yang sungguh sedap. Lembut dan mengenyangkan.

Resipi perkongsian dari nuhazkitchen nampak macam senang aje buatnya. Wah boleh guna takoyaki pan ya, cantik aje hasilnya kan.

KUIH CARA BERLAUK

BAHAN-BAHAN:

Bahan inti daging :

  • 100gm daging cincang
  • 1/2 biji bawang Holland | dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih | dipotong dadu
  • 1 sudu makan rempah kari daging |  dibancuh dengan 3 sudu makan air panas
  • Daun sup secukupnya
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Bahan kuih cara :

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan air
  • 1 sudu makan kunyit atau sedikit pewarna kuning
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

Cara masak inti daging :

  1. Tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah dan biar sehingga pecah minyak

    Bila dah pecah minyak masukkan daging , daun sup , gula dan garam.
  2. Masak sehingga daging kering airnya

Cara masak kuih :

1. Satukan semua bahan dan kacau sebati sehingga tiada tepung yang berketul


2. Sapu minyak pada pan/kuali dan panaskan atas api kecil


3. Bila pan dah panas tuangkan adunan kuih cara
4, Kemudian letak daging , daun sup , daun bawang dan cili


5. Masak atas api kecil. Cucuk lidi , kalau tak melekat dikira sudah masak

Kredit: nuhazkitchen

via FB  : Kuali Mama

IKLAN