Kuih Bakar Sempurna Kejadiannya Guna Air Fryer Sahaja

Share

Zaman sekarang ni dah ada Air Fryer kalau google je pelbagai resipi boleh dicuba! Teringin Kuih Bakar? Walaupun kuih tradisional, guna Air Fryer pun boleh menjadi kuihnya. Jangan risau, saya kongsikan resipi dari awal sampai akhir cara pembuatan Kuih Bakar guna Air Fryer yang dikongsikan oleh Tsu Feh Sufiah

ni.

Cara penyediaannya sangat cepat dan mudah. Tekstur dan rasa Kuih Bakarnya sama sahaja seperti menggunakan ketuhar. Jom cuba!

 

KUIH BAKAR AIR FRYER

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan air daun pandan
  • 2 cawan santan/1 kotak kecil
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil pewarna hijau

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Blend semua bahan tadi sampai sebati. Masukkan dalam loyang (loyang air fryer tu tak perlu guna baking paper pun sebab tidak melekat pun).
  2. Bancuhan ni dapat 2 biji kuih bakar tau. Kira bahagi 2 lah bancuhan tu.
  3. Masukkan air fryer suhu 170 darjah celcius dengan masa 45 minit.
  4. Siap! Tunggu betul-betul sejuk baru potong tau. Nanti bahagian tengah tu akan mendap sikit. Fuhhh bau dia, serius sedap!
  5. Selamat mencuba!

Sumber: Tsu Feh Sufiah

SELAMAT MENCUBA!

 

 

IKLAN