Kuih Akok Berkedut Lembut Boleh Cuba Untuk Sarapan

Share

Akok, kuih muih tradisional yang popular Malaysia terutama di pantai timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Lembut kearana Akok adalah kuih yang berasaskan telur dan dibakar menyedapkan lagi rasa.

KUIH AKOK

BAHAN-BAHAN

  • 6 biji telur
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan gula merah (gula ni masak dulu bagi cair)
  • 1 sudu tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras

CARA MEMASAK:

  1. Pukul telur sampai kembang
  2. Bila sudah kembang masukkan santan dan kacau sehingga sebati.
  3. Selepas itu masukkan gula merah dan kacau sebati.
  4. Bila sudah sebati, masukkan tepung gandum dan tepung beras. Kacau laju-laju supaya jangan bagi berketul-ketul. (kalau berketul boleh tapis untuk dapat bancuhan yang halus)
  5. Panaskan dapur dan letakkan sedikit minyak. Selepas itu tuangkan bancuhan ke dalam acuan. Biarkan sampai masak.

Info: Dengan adunan ini anda boleh dapat dalam 21 ketul jika mengikut acuan seperti di atas.

Kredit: Wan Amira Wan Hanapi

IKLAN