Kudapan Kacang Ni Sekali Makan, Gerenti Ketagih

Share

Memang sedap dapat kudapan kacang yang melekakan. Sebalang pun boleh habis. Menurut pemilik resipi kacang cinta ketagih ni adalah resepi turun temurun. Sesiapa yang nak mencuba dipersilakan.

 Kacang Cinta Ketagih

Bahan-bahan:

1 kg kacang tanah


2 cawan gula
2 sudu besar garam
Serbuk cabai ikut kesukaan masing-masing
2 biji telur ayam
Tepung gandum untuk digaul

Bahan-bahan untuk dikisar kering
Gula
Garam
Serbuk cabai

 

Cara membuat:

1.Selepas dikisar,masukkan telur dan gaul.

2.Bahan yang digaul bersama telur.

3.Masukkan kacang mentah yang tidak dibuang kulit.

4.Gaul sebati sampai jadi begini.

5.Dari dekat.

6.Masukkan kacang yang bersalut bahan-bahan tadi di dalam tepung dan gaul sampai lekat tepung pada kacang.

7.Sampai jadi begini.

8.Panaskan minyak.

9.Goreng sampai meletup-letup tanda masak.

10.Sejat di atas penyejat.

Kredit: Shazirah Omar

 

IKLAN