Kuah Spageti Bolognese Jadi Lebih Sedap Bila Campur Dua Sos Ni

Share

Spageti Bolognese Meatball adalah antara sajian pasta yang menjadi kegemaran ramai terutamanya anak-anak. Cara penyediaannya mudah, rasa yang sedap dan tidak pedas. Di pasaraya, terdapat pelbagai jenama sos spageti yang ada. Gunakan dua jenis sos pasta tradisional dan juga sos pasta mushroom. Hasilnya memang sangat enak walaupun menggunakan sos segera. Terasa nak makan Spageti Bolognese Meatball? Jom cuba resipi ni.

 

CARA MUDAH MASAK KUAH SPAGETI BOLOGNESE MEATBALL PALING BEST

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket spageti
  • 1 biji bawang Holland – potong dadu 
  • 1paket daging cincang
  • 1 botol sos pasta mushroom 
  • 1 botol sos pasta traditional 
  • 1 tin cendawan – potong nipis 
  • 3 sudu besar MAGGI®️ Sos Cili
  • 2 sudu besar MAGGI®️ Sambal Tumis
  • 4 ulas bawang putih – dicincang 
  • 2 biji tomato – potong dadu
  • 500gm bebola daging
  • 2 helai daun bay 
  • Sedikit serbuk lada hitam 
  • Sedikit Italian herbs 
  • Sedikit oregano 
  • 1 kiub pati daging 
  • MAGGI®️ CukupRasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan air masukkan sedikit minyak dan garam. Rebus spageti hingga lembut. Toskan.
  2. Untuk membuat sos, panaskan minyak, tumiskan bawang putih, MAGGI®️ Sambal Tumis dan bawang Holland hingga naik bau.
  3. Masukkan daging kisar dan bebola daging. Kacau hingga masak dan air kering.
  4. Kemudian masukkan kesemua sos pasta, MAGGI®️ Sos Cili, kiub pati daging dan sedikit air.
  5. Masukkan juga tomato yang dipotong dadu, cendawan dan daun bay. Tunggu sehingga sos menggelegak.
  6. Letak sedikit Italian herbs, oregano, serbuk lada hitam dan MAGGI®️ CukupRasa. Kacau hingga kuah nampak naik minyak. Tutup api.
  7. Hidangkan kuah Bolognese bersama spageti. Taburkan oregano ke dalam kuah bolognese sebelum dihidangkan.

 

PETUA: Selain kuah yang enak, salah satu petua untuk menyedapkan Spageti Bolognese adalah dengan meletakkan garam ketika merebus pasta. Garam akan membuat pasta berasa rasa lebih berperisa.

 

Kredit foto: Shutterstock

 

IKLAN