Korang Wajib Cuba Buat Ketam Kukus Paling Senang & Sedap Ni !

Share

Hari ni RASA nak share satu menu ringkas, sedap, sihat dan senang membuatnya. Menunya ialah Ketam Kukus.  Jika ke pasar pagi ni bolehlah beli ketam dan cuba buat menu Ketam Kukus. Takdalah nak masak sambal je ketam tu…

Jom ubah selera  yang lebih sihat….

 

KETAM KUKUS

BAHAN-BAHAN:

  • 5 ekor ketam | bersihkan
  • 500gm isi ayam
  • 2 biji telur
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 biji cili benggala merah
  • 1 biji cili benggala hijau
  • Daun sup dan daun bawang secukupnya
  • Lada sulah secukupnya
  • Garam dan bahan perasa secukupnya
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Ketam direbus bersama air dan sedikit garam selama 10 minit. Kemudian, dipisahkan isi dan kulit cengkerang dicuci bersih. Ketepikan.
  2. Bawang merah, bawang putih, daun sup, daun bawang, cili bengala merah dan hijau dicincang halus.
  3. Seterusnya, semua bahan yang dicincang halus digaul bersama isi ketam dan ayam. Kemudian ditambah dengan telur dan digaul kesemuanya sebati.
  4. Letak bahan yang telah digaul ke dalam kulit cengkerang kemudian dikukus selama 10 – 15 minit.
  5. Angkat dan sedia dihidang.

 

 

IKLAN