Kolej Yayasan Felda Pahang Bentuk Tenaga Kerja Mahir,Penginapan & Makan Minum Percuma

Share

Bagi pelajar yang meminati bidang kulinari, rebutlah peluang menyambung pengajian di Kolej Yayasan Felda Pahang.  Tak mampu, usah risau kemudahan penginapan dan makan minum disediakan.

Yayasan Felda ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Perbadanan) 1952 pada tahun 1998. Objektifnya adalah menjadi pemancu pembangunan generasi yang progresif dan menambah nilai untuk kepentingan warganegara Malaysia.


Penubuhannya adalah selaras dengan keprihatinan Kumpulan Felda terhadap tanggungjawab sosialnya dan sejajar dengan penglibatannya mempertingkatkan kedudukan sosio ekonomi masyarakat luar bandar dan pembangunan negara.

Yayasan Felda secara terus terlibat dalam melakksana dan menggalakkan kerja-kerja amal, kemasyarakatan serta kebajikan dalam bidang pendidikan dan latihan, kesihatan serta kebajikan.


Kolej Yayasan Felda (KFY) diwujudkan bagi menyediakan lebih banyak peluang latihan kemahiran kepada kepada generasi Felda dan warga Malaysia dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional selaras dengan keperluan industri. Ia terletak di dua lokasi.

Kolej Yayasan Felda Pahang tertumpu kepada bidang Hospitaliti manakala Kolej Yayasan Felda Negeri Sembilan pula memfokuskan kepada bidang Pentabiran Fesyen, Jahitan, Dialisis dan Pengurusan Pejabat bermula dari tahap satu (1) hingga ke diploma.


Konsep latihan yang dijalankan di kedua – dua kolej adalah secara bersepadu (Integrated Approach). Melalui sistem ini komponen latihan dijalankan secara serentak . Komponen latihan yang dilaksanakan secara latihan Kemahiran teori dan praktikal, kepimpinan dan ketatanegaraan, keagamaan serta kerohanian.


Latihan Kemahiran ini berorientasikan Standard Kemahiran Pekerjaan (NOSS) Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK). Semua pelajar yang mengikuti kursus di Kolej Yayasan Felda akan diberikan kemudahan penginapan dan makan minum secara percuma.


Kolej Yayasan Felda Pahang dilengkapi dengan kemudahan Bilik Latihan, Makmal Komputer, Restoran Amali, Dapur Amali, Kafe dan Pusat Sumber. KYF Pahang juga memberi pendedahan amali kepada para pelajar semasa mereka menjalani Latihan Industri di restoran atau dipelbagai rangkaian hotel terkemuka diseluruh negara. .

Di antara kursus-kursus yang berkaitan dunia kulinari ialah Diploma Penyediaan Dan Pembuatan Makanan, Diploma Pengurusan Bahagian Makanan Dan Minuman, Sijil Pembuatan Pastri, Sijil Operasi Servis Makanan Dan Minuman serta Sijil Koordinasi Pengurusan Acara.


Pelajar yang menuntut disini mempunyai peluang dan masa hadapan mereka yang luas kerana mereka menerima kualiti pendidikan dan kemahiran terbaik.Kerjasama dengan pelbagai industri melalui perjanjian persefahaman (MoU) yang dibuat oleh Yayasan Felda memudahkan pelajar menjalani latihan industri sekaligus menempatkan diri untuk membina kerjaya masa hadapan.


.

Bidang TVET ini mempunyai kelebihan tersendiri ia menjanjikan masa depan dan peluang yang cerah. Jika pelajar tidak mendapat tempat dalam akademik masih banyak peluang terbuka buat pelajar dalam bidang-bidang lain terutama bidang kemahiran yang ditawarkan oleh Kolej Yayasan Felda.


.

Hasrat dan iltizam tinggi kolej ini adalah untuk menjadikannya sebagai institut seni kulinari dikenali di Malaysia. Felda dan FGV merupakan tunggak utama memberi dana bagi kelangsungan operasi Kolej Yayasan Felda.

INFO INSTITUSI:
Nama institusi : Kolej Yayasan Felda Pahang
Alamat : feldajaya Timur Mempaga,28600 Karak Pahang Maklumat lanjut : http://www.yayasanfelda.org  Facebook: YayasanFeldaOfficial

 

ANDA SEDANG MENCARI PETI SEJUK TERKINI, JIMAT ELEKTRIK DAN GERENTI MAKANAN KEKAL SEGAR, JOM LAYARINYA DI SINI. 

ANDA MUNGKIN MEMINATI VIDEO MASAKAN INI :

DAN JUGA RESIPI-RESIPI DI LINK INI :

 

IKLAN