Bagi pelajar yang meminati bidang kulinari, rebutlah peluang menyambung pengajian di Kolej Yayasan Felda Pahang. Tak mampu, usah risau kemudahan penginapan dan makan minum disediakan.
Yayasan Felda ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Perbadanan) 1952 pada tahun 1998. Objektifnya adalah menjadi pemancu pembangunan generasi yang progresif dan menambah nilai untuk kepentingan warganegara Malaysia.
Penubuhannya adalah selaras dengan keprihatinan Kumpulan Felda terhadap tanggungjawab sosialnya dan sejajar dengan penglibatannya mempertingkatkan kedudukan sosio ekonomi masyarakat luar bandar dan pembangunan negara.
Yayasan Felda secara terus terlibat dalam melakksana dan menggalakkan kerja-kerja amal, kemasyarakatan serta kebajikan dalam bidang pendidikan dan latihan, kesihatan serta kebajikan.
Kolej Yayasan Felda (KFY) diwujudkan bagi menyediakan lebih banyak peluang latihan kemahiran kepada kepada generasi Felda dan warga Malaysia dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional selaras dengan keperluan industri. Ia terletak di dua lokasi.
Kolej Yayasan Felda Pahang tertumpu kepada bidang Hospitaliti manakala Kolej Yayasan Felda Negeri Sembilan pula memfokuskan kepada bidang Pentabiran Fesyen, Jahitan, Dialisis dan Pengurusan Pejabat bermula dari tahap satu (1) hingga ke diploma.
Konsep latihan yang dijalankan di kedua – dua kolej adalah secara bersepadu (Integrated Approach). Melalui sistem ini komponen latihan dijalankan secara serentak . Komponen latihan yang dilaksanakan secara latihan Kemahiran teori dan praktikal, kepimpinan dan ketatanegaraan, keagamaan serta kerohanian.
Latihan Kemahiran ini berorientasikan Standard Kemahiran Pekerjaan (NOSS) Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK). Semua pelajar yang mengikuti kursus di Kolej Yayasan Felda akan diberikan kemudahan penginapan dan makan minum secara percuma.
Ads
Kolej Yayasan Felda Pahang dilengkapi dengan kemudahan Bilik Latihan, Makmal Komputer, Restoran Amali, Dapur Amali, Kafe dan Pusat Sumber. KYF Pahang juga memberi pendedahan amali kepada para pelajar semasa mereka menjalani Latihan Industri di restoran atau dipelbagai rangkaian hotel terkemuka diseluruh negara. .
Di antara kursus-kursus yang berkaitan dunia kulinari ialah Diploma Penyediaan Dan Pembuatan Makanan, Diploma Pengurusan Bahagian Makanan Dan Minuman, Sijil Pembuatan Pastri, Sijil Operasi Servis Makanan Dan Minuman serta Sijil Koordinasi Pengurusan Acara.
Pelajar yang menuntut disini mempunyai peluang dan masa hadapan mereka yang luas kerana mereka menerima kualiti pendidikan dan kemahiran terbaik.Kerjasama dengan pelbagai industri melalui perjanjian persefahaman (MoU) yang dibuat oleh Yayasan Felda memudahkan pelajar menjalani latihan industri sekaligus menempatkan diri untuk membina kerjaya masa hadapan.
.
Bidang TVET ini mempunyai kelebihan tersendiri ia menjanjikan masa depan dan peluang yang cerah. Jika pelajar tidak mendapat tempat dalam akademik masih banyak peluang terbuka buat pelajar dalam bidang-bidang lain terutama bidang kemahiran yang ditawarkan oleh Kolej Yayasan Felda.
Ads
.
Hasrat dan iltizam tinggi kolej ini adalah untuk menjadikannya sebagai institut seni kulinari dikenali di Malaysia. Felda dan FGV merupakan tunggak utama memberi dana bagi kelangsungan operasi Kolej Yayasan Felda.
INFO INSTITUSI: Nama institusi : Kolej Yayasan Felda Pahang Alamat : feldajaya Timur Mempaga,28600 Karak Pahang Maklumat lanjut : http://www.yayasanfelda.org Facebook: YayasanFeldaOfficial
Ads
ANDA SEDANG MENCARI PETI SEJUK TERKINI, JIMAT ELEKTRIK DAN GERENTI MAKANAN KEKAL SEGAR, JOM LAYARINYA DI SINI.
Bagi penggemar Kentang Putar, resipi homemade ini antara yang boleh dicuba. Tidak menggunakan banyak bahan namun hasilnya sangat menyelerakan. Malah kosnya juga tentulah lebih berbaloi. Sekali buat, satu keluarga boleh makan. Jika beli, dah berapa kan? Nak cuba? Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KENTANG PUTAR @ MASH POTATO
BAHAN KENTANG PUTAR:
8 biji ubi kentang
1 kotak kecil susu segar
2-3 sudu makan mentega
2 sudu teh MAGGI® CukupRasa
Serbuk lada hitam secukupnya
Serbuk lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Kupas kulit ubi kentang dan belah dua.
Masukkan ke dalam periuk dan masukkan air hingga meneggelamkan kentang.
Rebus ubi kentang selama 10-15 minit menggunakan api sederhana.
Bila ubi kentang telah empuk, angkat dan toskan airnya.
Masukkan mentega ke dalam bekas ubi kentang dan lenyek hingga halus.
Tambahkan MAGGI® CukupRasa, serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah secukupnya mengikut cita rasa masing-masing. Jika suka rasa kentang yang pedas, lebihkan.
Tuang susu sedikit demi sedikit sehingga mendapat tekstur yang anda suka. Fungsi susu adalah untuk membuatkan kentang putar rasa lebih berlemak dan gebu.
Lenyek lagi kentang sehingga semua bahan sekata. (lebih mudah jika menggunakan hand blender kerana tekstur akan jadi halus)
BAHAN SOS (GRAVY):
1 biji bawang besar – dadu
2 ulas bawang putih – dadu
4 sudu makan mentega
2 sudu makan tepung gandum@ jagung
2 kiub pati ayam
MAGGI® Pes Lada Hitam secukupnya
2 1/2 cawan air
CARA MEMASAK: 1. Cairkan mentega dalam kuali dan tumiskan bawang menggunakan api sederhana. Biarkan sehingga bawang bertukar warna sedikit keperangan. 2. Masukkan tepung gandum/ jagung. Kacau terus sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga bertukar jadi warna sos yang anda suka. 3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau. Bila sudah sebati, padamkan api dan masukkan sos tadi ke dalam pengisar. Kisar hingga semua bahan hancur dan halus. 4. Tuang kembali sos yang dikisar tadi ke dalam periuk dan masak guna api sederhana. 5. Masukkan kiub ayam dan juga MAGGI® Pes Lada Hitam dengan secukupnya. 5. Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air. Sebatikan. 6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan kisar hingga tidak berketul. 7. Angkat dan hidangkan bersama kentang putar yang telah dimasak tadi.
PETUA: Jika mahukan rasa kentang yang lebih berlemak dan halus, boleh lebihkan mentega dan juga susu.
Anda suka memasak dan merakam foto atau video masakan anda? Mungkin ini peluang untuk anda merebut hadiah wang tunai serta 5 pek Pes Chef-Ku iaitu Pes Nasi Kandar, Pes Rendang, Pes Sambal Tumis, Pes Asam Pedas dan Pes Kari Daging.
Jom sertai Rasa Chef-Ku Masak Challenge bersama Chef-Ku. Anda hanya perlu Masak, Snap & Share foto masakan di akaun media sosial anda.
Anda berpeluang memenangi hadiah utama bernilai RM1,500 berserta Set Pes Chef-Ku dan Apron Chef-Ku. Selain itu, ada 8 hadiah wang tunai saguhati turut menanti anda yang tidak berjaya memenangi hadiah utama.
Apa Yang Perlu Anda Buat?
Cara penyertaan mudah sahaja. Hanya ikut beberapa langkah mudah di bawah ini:
Masak apa sahaja hidangan menggunakan Pes Chef-Ku pilihan anda.
Rakam foto atau video masakan tersebut berserta produk Pes Chef-Ku yang digunakan.
Muat naik foto atau video di media sosial (Facebook & Instagram) berserta resipi anda di bahagian caption.
Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar dan resipi yang paling kreatif. Paling penting, pastikan akaun media sosial anda ditetapkan pada tetapan umum. Peraduan bermula 4 Februari sehingga 4 Mac 2022.
Jangan lepaskan peluang ini. Serlahkan bakat memasak anda dengan produk Chef-Ku. Segala kerja di dapur menjadi mudah dan cepat. Selamat mencuba!
Waktu berbuka tentunya masa yang sangat ditunggu-tunggu terutamanya anak-anak. Setelah seharian berpuasa, masing-masing tidak sabar untuk menjamah hidangan yang disediakan. Semua nampak sangat sedap dan menyelerakan.
Masakan jadi lebih enak dengan Mentega Anchor. Terasa dalam setiap gigitan. Masakan juga jadi lebih beraroma. Bila dimasak, bau wanginya menaikkan lagi rasa tidak sabar untuk mencuba. Sangat sesuailah anda juga untuk memasak pelbagai juadah di bulana Ramadan ini.
Menu berbuka yang mudah dan cepat disediakan ini tentunya memberikan idea buat anda. Cubalah. Pasti anda dan keluarga puas hati dengan rasanya.
1. TEH TARIK MADU BUTTER
BAHAN-BAHAN:
3 uncang teh
¾ cawan air
1 cawan Susu Tepung Fernleaf Family (dibancuh dengan susu tepung) – panaskan
2 sudu makan madu
10gm Mentega Anchor Salted
CARA MEMASAK:
Didihkan air bersama 3 uncang teh dan biarkan teh terendam beberapa minit. Setelah itu, tuang teh yang ditapis ke dalam mug/kole.
Tambah madu, Susu Tepung Fernleaf Family yang telah dipanasan. Kacau sebati.
Tuang campuran teh tadi ke dalam satu lagi mug/kole lalu tarik beberapa kali hingga buih terbentuk.
Tuang teh tarik ke dalam cawan lalu letakkan Mentega Anchor Salted. Kacau dengan sudu dan butter akan mencair sendiri. Hidangkan panas.
2. CENDOL SUSU JAGUNG/DURIAN
BAHAN-BAHAN:
1 cawan jagung manis dalam tin atau isi durian
2 cawan susu Susu Tepung Fernleaf Family (dibancuh dengan susu tepung)
½ cawan cendol
2-3 sudu makan sirap pekat gula merah
15gm Mentega Anchor Salted
Ketulan ais secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, letakkan sedikit jagung/isi durian dan cendol.
Tuang susu Susu Tepung Fernleaf Family dan Mentega Anchor Salted Tuang sedikit sirap pekat gula merah.
Letakkan ketulan ais atau ais kisar. Kacau sebati dan hidangkan segera.
3. COCONUT SHAKE
BAHAN-BAHAN:
1 cawan air kelapa muda
1 cawan Susu Tepung Fernleaf Family (dibancuh dengan susu tepung)
½ cawan ketulan ais/ais kisar
2 sudu makan air gula
½ cawan isi kelapa muda – kisar kasar
10gm Mentega Anchor Salted
Hirisan kelapa muda – hiasan
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan dalam shaker lalu goncang hingga semua bahan sebati.
Tuang coconut shake ke dalam gelas pilihan.
Hias coconut shake dengan hirisan kelapa muda. Hidangkan sejuk.
4. POPIAH BERGEDIL CHEESE
BAHAN-BAHAN A:
Anchor Cheese Slice secukupnya
Kulit popiah secukupnya
2-3 biji telur – pukul dengan garfu
2 sudu makan Susu Tepung Fernleaf Family (dibancuh dengan susu tepung)
Garam dan lada sulah secukup rasa
BAHAN-BAHAN B:
4 biji ubi kentang – buang kulit, hiris nipis, goreng dan tumbuk lumat
200gm daging kisar – goreng hingga perang
1 cawan Keju Perfect Italiano Mozzarella
40gm Mentega Anchor Salted
1 batang daun bawang – cincang halus
1 sudu makan bawang goreng
1 sudu teh serbuk garlic
Garam dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, satukan semua bahan B lalu kepal-kepalkan seperti membuat bergedil.
Ambil sekeping kulit popiah, letak sekepal begedil dan letak sekeping Anchor Cheese Slice. Gulung kulit popiah dan kemaskan.
Sementara itu, di dalam mangkuk lain, satukan telur, Susu Tepung Fernleaf Family, garam dan lada sulah secukup rasa. Pukul sebati.
Panaskan minyak yang agak banyak di dalam kuali.
Ambil seketul popiah begedil tadi lalu celup dalam bancuhan telur lalu goreng hingga keperang-perangan. Toskan lebihan minyak dan hidangkan panas.
5. CRAB RANGOON BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
Kulit wantan secukupnya
10-15 batang jejari ketam – carik-carik halus
100gm Anchor Cream Cheese
50gm Keju Perfect Italiano Mozzarella
1 batang daung bawang – cincang halus
3 ulas bawang putih – cincang halus
½ sudu teh minyak bijan
Secubit garam
BAHAN-BAHAN B:
100gm Anchor Unsalted Butter
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, satukan Anchor Cream Cheese, Keju Perfect Italiano Mozzarella, jejari ketam, cincangan bawang putih, cincangan daun bawang, minyak bijan dan garam. Gaul rata dan kepal-kepal.
Ambil sekepal campuran keju dan jejari ketam tadi dan letakkan di dalam sekeping kulit wantan. Bentukkan mengikut cita rasa dan kemaskan.
Di dalam kuali, panaskan bahan B hingga mentega cair dengan api yang sederhana.
Goreng wantan tadi hingga kekuningan. Hidangkan panas.
6. PIZA ROTI CANAI BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
2-3 keping roti canai segera
2 batang sosej – dihiris
1 labu bawang besar – potong bulat
1 biji tomato – dihiris
1 biji cili benggala – dihiris
Keju Perfect Italiano Mozzarella secukupnya
Keju Perfect Italiano Grated Parmesan secukupnya
Anchor Unsalted Butter secukupnya
Sos piza secukupnya
Garam dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
Sediakan dulang pembakar yang disapu sedikit Anchor Unsalted Butter.
Letak sekeping roti canai segera. Sapu sos piza secukupnya. Susun hirisan sosej, bawang besar, tomato dan cili benggala.
Tabur Keju Perfect Italiano Grated Parmesan dan Keju Perfect Italiano Mozzarella
Bakar piza dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180-190C selama 15-20 minit atau hingga keperangan. Hidangkan panas.
7. ROTI GULUNG BERINTI TUNA DAN KEJU
BAHAN-BAHAN:
5-6 keping roti putih
1 cawan tuna – ambil isi tuna sahaja
1 batang daun bawang – cincang
½ cawan Keju Perfect Italiano Mozzarella
215gm Mentega Anchor Unsalted
50gram MentegaAnchor Salted
1 sudu teh paprika
3 biji telur – pukul dengan garfu
Breadcrumbs secukupnya
Garam & lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, satukan tuna, daun bawang, paprika, garam dan lada sulah secukupnya. Gaul sebati.
Ambil sekeping roti lalu sapu dengan Mentega Anchor Salted
Sudukan sedikit campuran tuna ke atas roti. Tabur Keju Perfect Italiano Mozzarella Gulung roti dan kemaskan.
Celup roti gulung ke dalam bancuhan telur yang ditambah dengan sedikit garam dan lada sulah. Golekkan atas breadcrumbs secukupnya.
Cairkan 215gram Mentega Anchor Unsalted di dalam kuali. Goreng gulungan roti tadi hingga kuning keperang-perangan. Hidangkan panas.
8. KARIPAP ROTI CHEESY
BAHAN-BAHAN A:
8-10 keping roti putih – leperkan
Anchor Cheese Slice secukupnya – potong dua
Keju Perfect Italiano Mozzarella secukupnya
1 biji telur – pukul dengan garfu
BAHAN-BAHAN B:
3 bij ubi kentang – bersihkan, potong dadu kecil & rebus separuh masak
2 ketul kecil isi ayam – cincang dan rebus hingga masak
2 sudu makan serbuk kari
4 biji bawang merah – kisar
2 ulas bawang putih – kisar
½ sudu makan udang kering – kisar
¼ cawan Susu Tepung Fernleaf Family (dibancuh dengan susu tepung)
50gm Mentega Anchor Unsalted
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Cairkan Mentega Anchor Unsalted dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau. Masukkan daun kari dan rempah kari. Tumis lagi hingga rempah masak.
Masukkan ubi kentang dan isi ayam. Tambah Susu Tepung Fernleaf Family dan didihkan hingga semua bahan masak sebati dan bahan cecair sejat. Tambah garam dan gula secukup rasa. Ketepikan inti dan sejukkan sebentar.
Ambil sekeping roti yang telah dileperkan dan letakkan di atas acuan karipap. Letakkan sesudu makan inti kentang tadi ke atas kepingan roti. Tabur Keju Perfect Italiano Mozzarella dan Anchor Cheese Slice.
Sapu sedikit bancuhan telur di sekeliling kepingan roti lalu tutup acuan membentuk seperti karipap.
Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng karipap roti hingga kuning keperang-perangan. Hidangkan panas.
9. DAGING BAKAR DANOK CHEESE
BAHAN-BAHAN:
500gm daging lembu – sirloin atau bahagian yang lembut
20gm Mentega Anchor Salted – cairkan
2 sudu makan sos perang
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh sos ikan
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh chicken granules
BAHAN-BAHAN B (SOS):
¾ cawan Susu Tepung Fernleaf Family (dibancuh dengan susu tepung)
200gm Keju Perfect Italiano Mozzarella
Garam, lada sulah secukupnya dan sedikit gula perang
Cincangan daun ketumbar – hiasan
CARA MEMASAK:
Satukan semuan bahan A lalu gaul rata pada daging. Perap sejam atau semalaman di dalam peti sejuk.
Keluarkan daging dari peti sejuk, grill di atas kuali pemanggang atau dalam ketuhar hingga daging keperang-perangan (tapi jangan masak berlebihan). Rehatkan daging sebentar kemudian dihiris nipis.
Satukan Susu Tepung Fernleaf Family dan Keju Perfect Italiano Mozzarella di dalam periuk kecil lalu didihkan dengan api yang kecil hingga semua bahan sebati dan likat. Tambah garam, gula perang dan lada sulah secukup rasa.
Tuang sos keju ke atas hirisan daging dan tabur cincangan daun ketumbar. Hidangkan segera. Jika suka boleh tambah perahan lemon.