Susu Kambing adalah minuman semulajadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan seharian. Sekarang ramai diantara kita lebih memilih untuk minum susu lembu kerana tidak tahan dengan bau hamis susu kambing. Bukan susu lembu tidak bagus tetapi kelebihan susu kambing adalah mempunyai nutrisi dua kali ganda lebih baik dari susu lembu.
Susu Kambing ternyata sesuai diminum oleh semua peringkat umur kerana meningkatkan daya ketahanan diri yang lebih kuat terhadap penyakit berjangkit seperti demam dan batuk.
KEBAIKKAN SUSU KAMBING
Bagus dalam membantu dan menguatkan lagi sistem imunisasi tubuh kita.
Sangat baik untuk meningkatkan daya kepekaan, daya tumpuan dan ingatan.
Ia juga mampu mengimbangi kadar kolestrol dan kandungan gula dalam darah kita.
Susu kambing sangat mudah dicerna serta tidak akan menyebabkan alahan.
Bagus untuk melancarkan sistem penghadaman dan sesuai untuk mereka yang ada masalah usus.
Mampu merawat penyakit kanser, demam kuning, gastrik, ulser, buasir, asthma, migrain, penyakit kulit, insomia, sengugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout.
Ia juga baik untuk menguatkan jisim tubuh yang lebih sihat, untuk tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf.
Serta ia mampu memulihkan tenaga batin dan untuk kelihatan awet muda. Susu kambing untuk kesuburan.
Susu kambing boleh diminum ketika panas atau sejuk malah sudah diolah menjadi ais krim, keju dan mentega.
MILKSHAKE SIHAT SUSU KAMBING
BAHAN-BAHAN:
500ml susu kambing
1 Biji Pisang
3 Biji Strawberi (Boleh tambah jika suka)
3 Buah kurma (rendam dalam air suam)
1 sudu besar kismis
1 sudu besar oat
1 sudu besar nestum
Beberapa ais ketul (tidak perlu ais jika susu sudah sejuk)
CARA MEMASAK:
Masukkan kesemua bahan dalam mesin pengisar.
Kisar bahan-bahan sampai halus.
Tuang ke dalam cawan dan hiaskan dengan bahan hiasan yang anda suka.
Sedia dihidangkan.
IKLAN
PANNA COTTA SUSU KAMBING & SOS OREN
BAHAN PANNA COTTA
250ml susu kambing segar
250ml whipping cream
2 sudu besar gula pasir (ikut tahap kemanisan anda)
1 1/2 sudu kecil gelatin
1 sudu kecil esen vanila
Parutan kulit limau
CARA MEMASAK PANNA COTTA:
Larutkan gelatin dengan 2 sudu besar air.
Masukkan susu segar, krim dan gula di dalam periuk. Biarkan masak dengan api kecil sehingga sedikit mendidih. Tutup api.
Kemudian masukkan larutan gelatin dan kacau sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan essen vanila. Kacau sebati.
Masukkan dalam acuan dan sejukkan dalam peti sejuk selama 2 jam.
BAHAN SOS OREN
Buah oren (isi buah)
IKLAN
5 sudu besar Jem oren
4 sudu besar Air kosong
CARA MEMASAK SOS
Masukkan jem oren, buah oren dan air kosong kedalam periuk.
Masak sos sehingga larut dan sebati. Biar sos pekat sedikit. Tutup api dan biarkan sos sejuk.
HEALTHY OVERNIGHTS OATS
BAHAN-BAHAN
40gm Oat
100ml Yogurt kambing
25ml susu kambing segar
1 sudu kecil madu
Strawberi
Rasberi
IKLAN
Sedikit serbuk kayu manis (pilihan)
Kekacang (pilihan)
CARA MENYEDIAKAN:
Masukkan oat, susu dan yogurt kedalam jar atau bekas yang ada.
Selepas itu masukk madu, serbuk kayu manis, buah tsrawberi dan rasberi dan kekacang.
Goncangkan dan sejukkan dalam peti sejuk semalaman.
KEK MARBLE
BAHAN-BAHAN
250gm mentega
230gm gula halus
2 sudu teh ovallate
4 biji telur gred A
270gm tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
60gm susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
4 camca besar susu kambing segar
1 camca teh coklat emulco
CARA MEMASAK
Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih.
Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
Masukkan susu pekat dan gaul rata.
Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata.
Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. Kemudian buat beberapa pusingan dengan menggunakan chopstick.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 – 35 minit. Sejukkan Seketika sebelum dikeluarkan dari loyang. Sejukkan sepenuhnya atas radai.
Terasa nak masak daging, ni dia resipi daging paling mudah iaitu Masak Daging Singgang. Bahan ramuan pun tak panjang berjela. Iya lah dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini kenalah berjimat barang runcit ye.
Resipinya mudah dan cepat siap. Yang penting sedap sungguh ni. Jom cuba…
DAGING SINGGANG
BAHAN-BAHAN
400gram daging lembu segar (potong kecil)
2 inci lengkuas (potong menyerong)
1 biji bawang merah (mayang je)
8 biji bawang putih (ketuk je)
2 keping asam keping
10gram ketumbar (ditumbuk)
400ml air putih (agak-agak je)
Garam dan gula
CARA PENYEDIAANNYA:
1. Tumbuk dulu biji ketumbar separuh hancur. Ketuk bawang putih. Mayang bawang merah dan hiris lengkuas.
3. Satukan semua sekali. Letak air dan panaskan dengn api yang slow. Nak bagi daging masak dan lembut.
4. Dah mendidih, masukkan gula dan garam. Biarkan ia mendidih sehingga betul-betul empuk.
5. Boleh masukkan cili kering nak nampak best. Hehe. Dah siap. Selamat mencuba.
Masakan ibu tentunya yang terbaik. Ada bercadang nak buat makan-makan dan tercari-cari menu sedap tapi mudah masak untuk keluarga sempena cuti Awal Muharam? Ini antara menu-menu masakan yang sesuai disediakan dan boleh dijadikan sajian istimewa keluarga dari pagi hinggalah malam. Semuanya sangat sedap, mudah dan membuka selera. Selamat mencuba!
KOLEKSI MASAKAN HOMEMADE YANG SEDAP & MUDAH
1. BIHUN GORENG TAUCU
BAHAN-BAHAN:
100gm bihun
100gm tauge – buang ekor
100gm daun bawang – hiris pendek
1 keping kek ikan – hiris
150gm udang – buang kulit
3 sudu makan pes cili kering
2 sudu makan pes taucu
1 sudu makan sos tiram
1 sudu malam sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR HALUS:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu makan udang kering – rendam & tos
2 sudu makan ikan bilis – rendam & tos
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak masak dan tumsi bahan kisar hingga wangi. 2. Masukkan pes cili kering. Kacau lagi dan masukkan taucu. Kacau rata. 3. Seterusnya masukkan udang. Apabila sudah bertukar warna, tambahkan sos tiram dan sos tomato. Gaul. 4. Masukkan bihun yang telah direndam tadi. Masukkan juga sedikit air dan masak hingga bihun lembut. 5. Tambahkan tauge dan daun bawang serta perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. 6. Angkat dan masakan ini sedia untuk dinikmati.
2. TEH TARIK SUPER KAW
BAHAN-BAHAN:
3 liter air
5 sudu makan serbuk teh
5 uncang teh cap 888 serbuk wangi
3 tin susu pekat manis
1 tin susu cair
1 sudu teh garam halus
( bahan-bahan diatas boleh agak-agak. Jangan takut letak lebih bahan sampai dapat rasa ‘kaw’ yang diingini.)
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air sampai menggelegak. Masukkan semua teh, kacau dan biarkan 5 minit.
2. Kemudian masukkan susu pekat manis, susu cair dan garam. Kacau lagi dan biarkan masak dalam 5 minit.
3. Rasa air. Tambah bahan yang diperlukan sampai dapat rasa yang diingini.
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk. Tumis rempah penumis dan bahan hiris hingga wangi. 2. Masukkan rempah kurma. Kacau rata dan masukkan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak. 3. Masukkan beras yang telah ditoskan. Kacau seketika bersama daun pandan. 4. Masukkan separuh dari hirisan daging, air rebuan daging, susu cair, kiub pati daging dan tomato. Perasakan dengan garam secukup rasa. 5. Pindahkan periuk ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa. 6. Untuk menyediakan air asam, satukan semua bahan dan kacau rata. 7. Hidangkan bersama nasi daging.
4. UDANG GULAI LEMAK CILI PADI & DAUN SELOM
BAHAN-BAHAN:
1kg udang saiz XL – bersihkan
1 cekak daun selom – celur seketika
700ml santan
1 keping asam gelugur
3 batang serai – titik
1 helai daun kunyit – hiris
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK: 1. Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan kisar, serai, daun kunyit dan asam gelugur. Renehkan. 2. Bila kuah sudah mendidih, masukkan udang dan daun selom yang telah dicelur tadi. Masak hingga udang bertukar warna kemerahan. 3. Perasakan dengan garam secukupnya dan kecilkan api. 4. Biar selama 2-3 minit dan padamkan api. Angkat serta masakan ini sedia untuk dihidangkan bersama menu potluck yang lain.
5. SATE DAGING GORENG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging – hiris kecil & nipis
200gm kacang tanah – sangai & kisar
1/2 cawan gula
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
20 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
4 batang serai
2cm lengkuas
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
CARA MEMASAK: 1. Cuci daging bersih-bersih dan toskan airnya. 2. Masukkan daging ke dalam mangkuk bersama bahan kisar, garam, gula dan kacang tanah. Gaul rata dan sebati. 3. Tutup bekas daging dan perap semalaman dalam peti sejuk. 4. Apabila sedia untuk dimasak, keluarkan sate dari peti sejuk dan biarkan pada suhu bilik seketika. 5. Panaskan minyak masak dalam kuali non-stick, Goreng sate guna api sederhana. Bila masak, angkat dan tapis sate tadi bagi membuang lebihan minyak. 6. Jika sate agak kering semasa dimasak, masukkan air perapan daging dengan secukupnya. 7. Masakan istimewa ini sedia untuk dihidangkan.
6. KARI IKAN BAWAL MAS
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan bawal mas – potong dua atau tiga
200ml santan
½ cawan air asam
3 tangkai daun kari – lurut dari tangkai
1 sudu makan serbuk cili
3 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu teh serbuk kunyit
1 ½ sudu makan rempah penumis
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN HIRIS:
1 biji bawang besar
8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia
BAHAN TAMBAHAN:
1 biji terung panjang – belah dua & potong empat
3 biji bendi – potong dua
1 biji cili merah – belah dua
1 biji cili hijau – belah dua
1 biji tomato – belah empat
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan hiris hingga wangi. 2. Masukkan rempah penumis dan daun kari. Kecilkan sedikit api. 3. Setelah garing, masukkan bancuhan serbuk kari, serbuk cili dan serbuk kunyit. Kacau rata hingga pecah minyak. Tambah air dan air asam jawa. 4. Bila kuah mereneh, masukkan ikan diikuti dengan santan. Biarkan mendidih. 5. Tambahkan terung, kacang bendi, cili dan tomato. 6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 7. Setelah 2-3 minit, trutup api dan hidangkan segera.
7. SOTONG BAKAR SERAI
BAHAN-BAHAN:
1kg sotong bersaiz XL – bersih & toskan
100ml santan kotak
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
4 biji bawang merah
3 tangkai cili kering
2 batang serai
2 ulas bawang putih
BAHAN SUMBAT:
2 keping tauhu
1 biji telur
3 sudu makan daging kisar
1 biji bawang besar – dadu halus
3 biji bawang merah – cincang halus
2 ulas bawang putih – cincang halus
3 biji cili merah – cincang halus
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Untuk menyediakan bahan perapan sotong, campurkan bahan kisar bersama santan. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa. Ketepikan. 2. Bagi menyediakan bahans umbat sotong, panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. 3. Tambahkan daging kisar, tumis hingga kering. 4. Masukkan tauhu yang dihancurkan. Gaul rata. 5. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Tutup api dan sejukkan. 6. Bila inti sejuk, pecahkan telur, kacau rata dan tambahkan hirisan daun bawang serta daun ketumbar. 7. Sumbat bahan isian ke dalam sotong, padatkan dan tutup guna kepala sotong. Pin guna lidi dengan kemas. 8. Gaul sotong dengan bahan perapan. Perap seketika. 9. Untuk memasak, panaskan sedikit minyak dalam kuali non-stick dan panggang sotong guna api sederhana hingga masak. Sedia untuk dinikmati bersama menu potluck yang lain.
8. BUBUR CANDIL PANDAN
BAHAN-BAHAN:
600ml santan pekat
200gm tepung gandum
250gm gula
250ml air perahan daun pandan
2 helai daun pandan|disiat & simpul
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Uli tepung gandum bersama air perahan daun pandan sehingga menjadi doh yang agak lembut.
Bentukkan doh menjadi bebola kecil atau lonjong atau mengikut bentuk yang diingini.
Celur doh sehingga ia menjadi lembut kemudian toskan.
Di dalam periuk yang berlainan, satukan santan, gula dan daun pandan. Didihkan sehingga ia hampir mendidih.
Masukkan doh candil yang telah direbus terlebih dahulu berserta secubit garam. Didihkan lagi untuk beberapa minit sehingga semua bahan menjadi sebati.
9. BUBUR JAGUNG SAGU
BAHAN-BAHAN:
200gm jagung
100gm sagu|rendam hingga kembang dan tos
700ml santan
250gm gula melaka
100gm gula
2 helai daun pandan|disimpul
CARA MEMASAK:
Satukan separuh santan bersama jagung, gula melaka, gula dan daun pandan.
Didihkan sehingga gula menjadi hancur dan jagung menjadi lembut.
Masukkan separuh lagi santan dan sagu.
Didihkan hingga semua bahan sebati dengan menggunakan api yang kecil.
10. BUBUR PULUT HITAM
BAHAN-BAHAN:
600ml santan
250gm pulut hitam
250gm gula
2 helai daun pandan|disiat dan simpul
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Rendam pulut hitam di dalam periuk selama sejam kemudian rebus sehingga ia menjadi empuk.
Di dalam periuk, satukan santan, gula dan daun pandan. Didihkan sehingga ia hampir mendidih.
Masukkan pulut hitam dan secubit garam.
Didihkan lagi sehingga semua bahan menjadi sebati.
Dapatkan lebih banyak resipi yang masakan mudah, sedap & cepat masak di laman webRASA:
Apabila memilih anggur, petunjuk penting tentang kesegarannya dapat dilihat daripada batangnya yang hijau dan adanya serbuk putih pada kulit yang dipanggil mekar. Anggur yang telah mekar biasanya baru dipetik dan lembap, yang bermaksud ia dibawa dalam suhu sejuk yang mencukupi. Satu lagi tip penting apabila memilih anggur hijau ialah memilih tandan dengan warna emas, kerana rasanya lebih manis.
Pada pelancaran kempen Embracing Grapeness baru-baru ini, Chef Annette dari TCH Foodworks bercakap tentang menggandingkan makanan dengan table grapes, dan berkata profil rasa anggur adalah sesuai dihidangkan dengan ayam dan juga kambing. “Anggur adalah buah yang mempunyai pelbagai fungsi, dan ia sesuai digandingkan dengan pelbagai jenis keju seperti brie, keju biru, ricotta, serta kacang. Bahan-bahan ini boleh dijadikan bahan tambahan yang sempurna kepada resipi manis atau berperisa untuk sentuhan yang menyegarkan. Anda juga boleh memotongnya separuh, bekukan, dan menggunakannya sebagai ais semula jadi untuk menyejukkan dan memaniskan minuman. Anggur juga sesuai untuk sajian kanak-kanak kerana saiznya yang kecil, mudah dibungkus, dan sangat manis.”
Untuk mendapatkan buah Australia yang sangat digemari ini, kunjungilah pasar raya yang mengambil bahagian termasuk AEON, Jaya Grocer, Village Grocer, Giant, TMC, Cold Storage & Mercato untuk menikmati rasa segar dan manis yang sempurna.
Anggur Australia boleh didapati dengan lebih daripada 40 jenis, dan terkenal dengan rasa dan gebunya. Table grape dari Australia dikategorikan kepada jenis berbiji dan tanpa biji, sama ada berwarna merah, hitam, atau hijau. Empat jenis yang paling popular ialah Thompson Seedless, Menindee Seedless, Crimson Seedless dan Red Globe. Walaupun kepelbagaian anggur ini masih popular di pasaran domestik dan eksport, terdapat peningkatan bilangan kepelbagaian yang inovatif dan unik yang dibangunkan oleh penanam komersial seperti Adora, Cotton Candy, Golden Globe, Sweet Sapphire, Alison & Midnight Beauty.