Ketayap Berlauk Untuk Minum Petang Sekeluarga

Share

Kuih ketayap memang kuih muih tradisi yang tidak jemu makan. Sesekali kita tukar inti ketayap dari inti manis ke inti kari. Sesuai untuk dinikmati ketika minum petang mahupun waktu sarapan nanti. Pasti tak cukup satu.

Ketayap Berlauk
Bahan-bahan kulit:
2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
3 cawan air
2 biji telur
1/2 sudu teh garam


Sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit(pilihan)-BELI ONLINE DI SINI

Bahan inti:
3 biji ubi kentang(potong dadu)
Sedikit isi ayam atau daging- (dipotong kecil-kecil)guna daging atau ayam kisar lagi mudah.
2 ulas bawang putih(potong dadu)
1 biji bawang merah(hiris dan potong dadu)
1 paket rempah kari daging(kecil)-BELI ONLINE DI SINI
Daun sup
Garam
Penambah rasa(aji)

Cara buat kulit:
1.Campur semua adunan untuk kulit hingga jadi adunan seperti goreng pisang.Kacau guna whisk.Tapiskan..
2.Kemudian ambil satu senduk dan tuang atas kuali non stick, lagi mudah.


ulangi hingga adunan habis.

Untuk inti:
1.Sediakan kuali,tuang sedikit minyak.
2.Tumis bawang merah,putih yang dah dipotong dadu.
3.Masukkan rempah kari.(telah dibancuh dengan air)


4.Gaul sebati.
5.Tambah air sedikit.
6.Biar terbit minyak.
7.Masukkan ayam atau daging.
8.Masukkan kentang yang dipotong dadu.
9.Letak garam,serbuk ajinomoto perasakan,taburkan daun sup.Tunggu hingga kering sikit dan angkat.
10.Biarkan sejuk.kemudian ambil dadar tadi.letak inti dan lipat atau gulung. Macam buat ketayap inti kelapa.
11.Siap untuk dihidang.
Airtangan dan gambar oleh: Eniza M. Salim

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

IKLAN