
Kerepek Ngaku memang cukup sinonim bila tiba musim perayaan Tahun Baru Cina. Ngaku @ Arrowhead ini banyak dijual di pasaraya dan menjadi antara snek kudapan wajib ada setiap kali musim perayaan. Berbentuk bulat dan sedikit bertangkai, ngaku biasanya dijadikan kerepek yang rangup dan lemak-lemak manis. Memang sedap!
Nak cuba buat sendiri di rumah? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Lina Wanadee ini. Rasanya rangup, lemak-lemak manis dan memang membuka selera. Bagi penggemar kerepek, anda pasti suka akan rasanya. Cubalah. Memang mudah resipi ini. Selamat mencuba!
Sagat terus ngaku ke dalam minyak panas. Jika disagat lebih awal dan kemudian dibasuh, kepingan ngaku akan melekat sesama sendiri dan tidak terlerai semasa digoreng. Hasilnya, kerepek menjadi tidak rangup dan kurang menjadi.
Pastikan juga minyak benar-benar panas sebelum mula menggoreng. Ini membantu kerepek ngaku
menjadi garing sekata dan tidak menyerap terlalu banyak minyak. Gunakan api sederhana supaya warna kekuningan yang cantik dapat dicapai tanpa cepat hangus.Setiap kali menjelang Tahun Baru Cina, kerepek ngaku menjadi antara kudapan tradisional yang sentiasa dicari. Teksturnya yang ringan dan rangup menjadikannya sesuai dihidangkan kepada tetamu. Rasanya yang lemak-lemak manis pula membuatkan sesiapa sahaja sukar berhenti mengunyah.
Bukan sahaja sesuai ketika musim perayaan, kerepek ngaku
juga sedap dijadikan snek minum petang atau kudapan santai bersama keluarga. Dengan hanya tiga bahan asas dan langkah yang mudah, anda sudah boleh menyediakan kerepek ngaku homemade yang lebih segar dan terjamin kebersihannya.Kredit resipi & foto: Lina Wanadee
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: