Kerepek Gunting & Kuih Siput, Dua Menu Satu Resipi Aje, Rangupnya

Share

Ni kerepek tradisional yang cukup terkenal zaman berzaman. sedap jugak dihidang cuti cuti ni.

Tapi nak cari resipi yang rangup dan sedap nilah cabarannya. Namun resipi yang dikongsikan Masni Bahari dalam FB Kuali Mama ni memang terlajak sedap. Kalau malas nak ‘menyiput’ gulung-gulung atas kayu pencetaknya boleh digunting aje. Rasanya tetap sama.


.


.

KUIH SIPUT RANGUP & KEREPEK GUNTING


.

BAHAN-BAHAN :


.

  • 1kg tepung gandum
  • Cili kering | sukatan ikut pedas masing-masing
  • 2 sudu makan rempah daging
  • 1 sudu makan jintan manis dan jintan putih | campur dan tumbuk
  • 1 cawan santan | jangan terlalu pekat
  • 1 cawan majerin | dicairkan
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Daun kari secukupnya

CARA MEMASAK :


.

  1. Satukan semua bahan dan uli sampai jadi doh.
  2. Jika perlu tambahkan air sedikit sahaja, dan rehatkan sekejap
  3. Kemudian dah boleh cubit dan tekan pada acuan
  4. Tapi kalau nak cara senang guntingkan sahaja.Rasanya tetap sama walaupun bentuknya berbeza.
  5. Kemudian boleh lah digoreng, api jangan terlalu kuat, guna api sederhana sahaja.

Kredit: masni bahari
FB Kuali Mama

IKLAN