Kerapu Dua Rasa Chef Patrick Sedap Melampau, Wajib Cuba!

Share

 

SempenaTahun Baru Cina ini, Chef Patrick Eg, Ekskutif Chef dari Tung Yuen Restaurant, Bluewave yang sudi berkongsi resipi istimewa Ikan Kerapu Dua Rasa. Satu ikan dimasak untuk dua menu berbeza, boleh ke? Tak ada yang pelik, anda wajib cuba menu istimewa ini.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan kerapu | saiz besar
  • 1 mangkuk kecil kerabu mangga
  • 200gm tepung gandum
  • Serbuk perasa ayam secukupnya
  • 1 biji telur
  • Garam halus secukupnya
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
  • BahanTumisan:
  • Sedikit hirisan lobak merah
  • Sedikit hirisan batang leak
  • Sedikit kacang pis | potong dua

BAHAN LAIN:

  • Bakul Suhun
  • Kerabu Mangga

LANGKAH DEMI LANGKAH:

LANGKAH 1: Bersihkan ikan, kemudian asingkan isi ikan di kedua-dua belah menggunakan pisau tajam.

LANGKAH 2 : potong dadu isi ikan.

LANGKAH 3:  Panaskan minyak, gaulkan rangka ikan dengan sedikit garam, serbuk perasa ayam dan tepung, kemudian goreng garing. Ketepikan.

LANGKAH 4:  Gaulkan separuh isi ikan dengan garam, serbuk perasa ayam, dan telur. Kemudian gaulkan dalam tepung gandum dan goreng hingga garing. Ketepikan.

LANGKAH 5:  Sebahagian isi ikan tadi, gaulkan dengan garam dan  serbuk perasa ayam. Goreng seketika, angkat dan toskan.

LANGKAH6: Panaskan sedikit minyak tumiskan  hirisan batang leak, lobak merah dan kacang pis. Kemudian masukkan isi ikan  yang digoreng tanpa tepung tadi,

LANGKAH 7:   Angkat dan masukkan dalam bakul suhun yang telah siap di dalam pinggan bersama rangka tulang ikan tadi.

LANGKAH 8:  Susun isi ikan goreng tepung tadi di sisi luar bakul. Kemudian tuang Sos Cili Thai.

LANGKAH 9: Letakkan Kerabu Mangga di atasnya dan sedia dihidangkan.

INFO CHEF:Gunakan pisau  tajam  untuk memotong ikan, kemudian  gunakan minyak yang banyak dan api besar untuk menggoreng  rangka  dan isi ikan.

IKLAN