Kerabu Perut Pucuk Paku, Sedap Ratah Macam Tu je

Share

Kerabu perut pucuk paku ini memang sedap kalau ratah macam tu je. Tapi, nak makan dengan nasi pun boleh je. Tak ada masalah.

Bagi yang gemar makan perut lembu muda, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Ctie Zubaidah ini ye. Mudah tapi sedap. 

Bila dah asyik makan rendang ketupat je, masakan simple macam ni pun dah boleh buat kita makan berselera. Memang laku keras!

KERABU PERUT PUCUK PAKU

Bahan-Bahan:

Perut lembu (bersihkan, rebus sampai empuk)

Pucuk paku (celur)

Taugeh (celur)

Bahan Kisar:

7 biji cili api – boleh beli online di sini

2 tangkai cili besar – boleh beli online di sini

4 batang serai 

1 inci halia – boleh beli online di sini

3 labu bawang besar

Belacan – boleh beli online di sini

Kerisik

Sekotak santan 200ml

Garam – boleh beli online di sini

Serbuk perasa – boleh beli online di sini

Bahan Penyedap:

Beras goreng ditumbuk

Limau kasturi (ambil jusnya) – boleh beli online di sini

Cara Membuat Kerabu Perut Pucuk Paku:

Masukkan perut dalam satu bekas. Campurkan dengan bahan kisar, pucuk paku dan taugeh. Gaul sebati.

Untuk lebih sedap, masukkan beras goreng yang ditumbuk dan jus limau. Siap. Mudah je kan?

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

 

IKLAN