Kerabu Ikan Bilis Rangup, Best Betul Bila Makan Bunyi Krup Krap

Share

Menu kerabu mudah disediakan dan tidak menggunakan banyak bahan. Selain terkenal dengan hidangan sihat dan segar, kerabu antara juadah pembuka selera dan cara penyediaannya juga ringkas dan cepat. Kerabu Ikan Bilis antara menu yang sangat sesuai dimakan sama ada ketika berbuka mahu pun ketika bersahur. Ini resipi Kerabu Ikan Bilis yang dikongsikan oleh Haslina Mohamad

RESIPI KERABU IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN:

Ikan bilis (goreng bagi garing) – BELI ONLINE
Bawang besar
Bunga kantan
Serai
Daun ketumbar (jika suka)
Cili padi – BELI ONLINE
Tomato – BELI ONLINE
Air perahan limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa

*sukatan boleh ikut masing-masing dan kuantiti kerabu yang dikehendaki.

CARA MEMBUAT:

1. Campurkan ke semua bahan dan gaul rata.

 

2. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

3. Kerabu Ikan Bilis ini sedap dimakan  terus selepas semua bahan siap digaul sebati. Bila makan baru rasa rangup. Jika disimpan, ia akan sedikit lemau. Elok sebatikan semua bahan ketika hendak makan. Barulah kunyah rasa sedap dan ikan bilis tidak lemau.

Sumber kredit: Haslina Mohamad

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN