Kerabu Ikan Bilis. Mudah, Senang Dan Sedap

Share

Kerabu ikan bilis. Satu hidangan yang cukup mudah, senang dan sangat lazat. Resipi pun tak rumit sangat.

Tapi jangan pandang lauk ini sebelah mata ye. Ia amat membuka selera. Kalau taka da selera, boleh cuba buat ni. Ratah sedap, makan nasi pun sedap.

Ini bahan-bahan yang digunakan. Kerabu ni pada asasnya adalah ulaman. Atas selera dan kreativiti masing-masing nak guna sayur/ulaman apa. Boleh cuba cara Encik Wan LuQman

ini.

Kerabu Ikan Bilis. Mudah, Senang Dan Sedap

Bahan-bahan:

Ikan bilis – boleh beli online di sini

Bunga kantan (hiris)

Batang saderi (hiris)
Tomato (hiris)
Air perahan limau nipis/limau kasturi – boleh beli online  di sini

Cili padi 
Sos Nampla

Bawang merah – boleh beli online di sini

Kacang panjang (potong kecil)

Bawang putih – boleh beli online di sini

Bawang Holland – boleh beli online di sini
*Kalau ada daun selom, kacang botol dan serai pun ngam juga nak letak. Tak ada tak apa.

Garam (kalau perlu) – boleh beli online di sini

Gula kabung Thai – boleh beli online di sini

Minyak masak – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan. Ketepikan. Kemudian satukan semua bahan dalam mangkuk.

Masukkan air perahan limau nipis / kasturi, kemudian masukkan nampla. Resipi ini tak guna garam takut lambat nak larut.

Lepas itu, masukkan gula kabung Thai kalau guna gula biasa je. Air limau tu yang mempercepatkan larutan gula. Kalau garam, guna garam halus ye. Tapi guna nampla lagi sedap!

Masukkan ikan bilis yang telah digoreng garing. Gaul sekata.

Siap. Makan dengan nasi putih je pun sedap. Tambah telur dadar, cukup dah!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

IKLAN