Kepak ayam goreng madu, kalau buat memang akan jadi kegemaran anak-anak kerana rasanya yang pedas manis. Ditambah pula dengan bahagian kepak ayam juicy lagi sedap bila diratah.
Mak-mak pula rasanya tiada masalah untuk sediakan hidangan ini sebab mudah sangat membuatnya. Bahan perapannya pun cukup ringkas. Resipi ini sesuai sangat bila dah ketandusan idea untuk menyediakan lauk ayam.
500gm kepak ayam
3 sudu besar mentega
2 sudu minyak masak
3 senduk cili kisar
1 labu bawang besar (hiris halus)
3 ulas bawang putih (ketuk, potong dadu)
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram (jika suka)
3 sudu besar sos cili Thai (jika suka)
5 sudu besar madu (ikut cita rasa)
1. Panaskan kuali, masukkan mentega dan minyak. Biarkan mentega cair sepenuhnya.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai wangi dan kekuningan.
3. cili kisar, kacau rata hingga pecah minyak.
4. Masukkan sos cili, sos tiram, sos cili Thai, dan madu. Kacau semua bahan sampai sebati.
5. Masukkan kepak ayam dan gaul rata hingga ayam disalut sos sepenuhnya.Masak sehingga ayam betul-betul masak dan kuah agak pekat. Siap!
Untuk hilangkan bau hanyir ayam, siram atau rendam ayam dalam air panas selama 5–10 minit, kemudian toskan sebelum masak. Cara ini juga bantu masakan tahan lebih lama dan tak mudah basi.
Kredit resipi & foto: Nurhayati Maleq
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA