Kepada Peminat Hidangan Pengat Sebagai Pencuci Mulut, Cubalah!

Share

Haa raya-raya ni,  siapa yang ada rancangan untuk buat rumah terbuka tu boleh lah cuba resepi ni untuk dihidangkan sebagai pencuci mulut. Tak rumit pun, dan dijamin sedap! Selamat mencuba! 

 

Resepi Pengat Ubi Campur 

Bahan-Bahan

2 biji keledek manis purple
2 biji keledek kuning
2 biji ubi kayu
2-3 keping gula melaka
2 sudu gula
Sedikit garam


Sekotak santan
3 gelas air
2 helai daun pandan

 

Cara Penyediaan

1) Potong dadu ubi keledek & ubi kayu
2) Cairkan gula melaka bersama air. Masukkan daun pandan yg disimpul
3) Masukkan gula
4) Apabila dah cair, masukkan ubi
5) Masukkan santan dan sedikit garam
6) Apabila ubi sudah empuk. Padamkan api

Kredit Resepi: Azan Mukminah Saffin

IKLAN