Haa raya-raya ni, siapa yang ada rancangan untuk buat rumah terbuka tu boleh lah cuba resepi ni untuk dihidangkan sebagai pencuci mulut. Tak rumit pun, dan dijamin sedap! Selamat mencuba!
Resepi Pengat Ubi Campur
Ads
Bahan-Bahan
2 biji keledek manis purple 2 biji keledek kuning 2 biji ubi kayu 2-3 keping gula melaka 2 sudu gula Sedikit garam Sekotak santan 3 gelas air 2 helai daun pandan
Ads
Cara Penyediaan
Ads
1) Potong dadu ubi keledek & ubi kayu 2) Cairkan gula melaka bersama air. Masukkan daun pandan yg disimpul 3) Masukkan gula 4) Apabila dah cair, masukkan ubi 5) Masukkan santan dan sedikit garam 6) Apabila ubi sudah empuk. Padamkan api
Ada sesiapa yang teringin nak makan kek pandan gula melaka? Sedap buat untuk minum petang. Kalau nak beli boleh tahan juga mahalnya. Jadi jomlah kita buat sendiri. Hasil air tangan sendiri ni biasanya sedap. Betul tak??
Kek Pandan Gula Melaka
Untuk kek ( bahan 1)
Cara membuat: 1.Campurkan bahan 1 dan 2. Adun sampai putih pucat. Adunan akan menjadi 2 kali ganda. 2.Masukkan butter yang dicairkan. Kacau guna senduk je bagi rata. 3.Boleh bakar api atas bawah suhu 160 bakar selama 50 minit hingga sejam ikut oven masing-masing.
Untuk cream Bahan-bahan:
Cara membuat: 1.Campurkan telur dan gula masak guna kaedah double boil hingga gula hancur. 2.Bila gula dah hancur terus masukkan dalam mixer. Adun sampai adunan bertanduk. 3.Masukkan butter ,esen pandan dan serbuk santan mixer sampai sebati dan licin. 4.Boleh lah deco atas kek.
Untuk gula melaka 50gram gula melaka 1 sudu gula merah serbuk 1 sudu gula kastor 2 helai daun pandan 1/2 cawan air
Cara membuat:
1.Campur semua dan masak bagi sederhana pekat,tabur atas kek selepas deco.
Cuaca panas memang sedap kalau dapat makan aiskrim kan? Kalau buat sendiri dirumah rasa lebih puas hati sebab boleh buat lebih dan simpan dalam peti kalau terasa nak makan tinggal ambil je. Resipi Aiskrim Nutellayang dikongsikan oleh Fairuz Abu Hassandi Facebook ni memang mudah sangat, hanya perlu sediakan 3 bahan dah menjadi Aiskrim Nutella. Sedapnya Aiskrim Nutellani jomlah kita cuba resipi Aiskrim Nutellani sekarang buat awal cepat beku cepatlah kita dapat makan Aiskrim Nutella ni.
Jika anda suka minum susu kurma, pati kurma homemade ni pasti memudahkan anda bersahur. Campur dengan susu dan ia boleh terus boleh minum. Nampak simple tetapi minuman ni boleh buat perut anda rasa kenyang dan mampu bertahan sampai waktu berbuka. Nak cuba resipi perkongsian saudari Nadiah Latfi ni? Jom tengok cara-cara penghasilannya.
CARA BUAT PATI KURMA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMBUAT:
1. Buang biji dan basuh buah kurma. Toskan airnya.
2. Kukus buah kurma tadi selama 20 minit.
3. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar hingga hancur.
4. Masukkan kisaran kurma tadi di dalam bekas dan boleh disimpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
5. Untuk menikmati susu kurma semasa sahur, campur 2 sudu makan pati kurma bersama susu. Kacau sebati. Boleh juga campur madu, badam, kismis dan sebagainya.