Kek Tornado Mewah Dengan Rasa Coklat & Cheese Pasti Jadi Rebutan

Share

Biasanya jika kek yang bersalut coklat akan disukai oleh anak-anak. Hidang jer pasti licin. Jadi untuk bahagiakan hati mereka kita buat lagi untuk hidangan minum petang ini.

Kek Tornado

 

Bahan-bahan:

2 biji telur

½ cawan gula kastor

½ cawan susu cair

½ cawan susu pekat

½ cawan serbuk koko

½ cawan minyak jagung

Esen vanila

Blend semua bahan di atas

Tuang dalam bekas.

Masuk bahan ayak

3/4 cawan tepung gandum

½ sudu kecil baking soda

Gaul sebati.

Sapu loyang dengan sedikit minyak,lapik baking paper

Tuang adunan.

Kukus 45 minit

Dah masak, sejukkan dulu.

 

Untuk lapisan cheese:

125g cream cheese-mix sekejap

Tuang

½ cawan whipping cream

Mix lagi

Masuk 3 sudu makan susu pekat

Mix hingga sebati

Double boiler

3-4 cawan coklat beryls.bersama

½ cawan whipping cream

Kacau hingga coklat cair

Tutup api.

Potong bahagian atas kek

Lapis adunan cheese dahulu, hentakkan supaya semua adunan cheese menutupi kek.

Simpan baki adunan cheese.Masuk dalam piping beg,ketepikan dulu.

Kemudian curah pula coklat cair. Guna senduk pun boleh,tuang perlahan-lahan.

Hentakkan sikit supaya coklat cair menutupi lapisan cheese.Bila dah siap,Pipekan adunan cheese. Dan lakarkan.Masuk chiller sekejap.Bila dah sejuk baru boleh potong.Sedia untuk makan.

Kredit Iedaa Jahaya

 

IKLAN