Kek Oren Gebu, Lembut & Mudah Untuk Dibuat. All Time Favourite!

Share

Bila sebut sahaja kek oren, terbayang kenangan waktu kecil-kecil dahulu di mana mak-mak kita suka buat kek ini. Selain mudah dan ringkas, kek oren ini memang sedap dimakan. Dihidang pula bersama air teh o panas, memang syok makan petang bersama keluarga. Jika anda rindukan kek ini, jom kita cuba buat di rumah menggunakan resipi yang dikongsi oleh Puan Rosliza Sabar Malisi.

KEK OREN

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan gula aising
  • 1 cawan butter atau marjerin
  • 2 cawan tepung gandum
  • 4 biji telur gred B
  • 3 sudu makan susu pekat manis
  • 3 sudu makan pati oren sunquick
  • 1/2 sudu kecil kulit oren sunquick yang diparut
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • Sedikit esen vanilla
  • Sedikit pewarna kuning telur

 

 

CARA PENYEDIAAAN:

1. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis. Pukul lagi hingga kembang.

2. Masukkan susu, pati oren, esen vanilla, kulit oren, pewarna kuning dan pukul hingga sebati.

3. Kemudian, masukkan tepung yang telah diayak dengan baking soda dan soda bikarbonat. Kacau sebati.

4. Panaskan oven dengan api atas bawah 180°c.

5. Sapu loyang dengan butter dan lapik dengan kertas minyak.

6. Tuang adunan dan hentak loyang sedikit supaya padat dan tiada gelembung udara.

 

7. Bakar dalam 1 jam mengikut keadaan oven masing-masing.

 

8. Bila kek sudah nampak agak kecoklatan, cucuk dengan lidi atau pisau. Jika tiada lekatan, bermakna kek dah masak.

 

Kredit resipi & foto: Rosliza Sabar Malisi

 

Anda mencari OVEN? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN