Kek Minyak Warna Warni, Gebu Gabas & Sedap Rasanya…

Share

Min nak kongsi resipi Kek

Minyak atau Oil Cake. Rupanya cantik menawan dan yang paling penting teksturnya gebu gabas dan sedap tak terkata. Jom kita semak resipi dari Aisyah Zahari ni.

 

KEK MINYAK KUKUS GEBU GEBAS



.

BAHAN-BAHAN :

  • 5 biji telur
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar ovallete / sponge cake stabilizer
  • 1 cawan minyak jagung (minyak masak pun boleh)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • sedikit perisa (pisang/strawberri/coklat)- optional.tak letak pun takpe
  • sedikit pewarna

Cara-cara penyediaan

1. Ayak tepung + baking powder
2. Lenser loyang kek dengan mentega. Alaskan dengan baking paper (tak alas pun takpe).
3. Pukul telur bersama gula + ovallete hingga kembang
4. Masukkan susu pekat + esen vanilla. Pukul sekejap
5. Masukkan minyak + perisa. Pukul sekadar sahaja
7. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul guna senduk sahaja
8. Bahagi adunan ikut warna yang disukai


.

9. Masukkan dalam loyang. Kukus selama 30-40 minit/ sehingga masak.


.


.

Kredit aisyah zahari

 

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA: 

IKLAN