Kek Mentega Jadi Kegemaran Ramai

Share

Zaman mak mak kita kek mentega ni memang laku keras. Rasanya yang sedap dan tidak menjemukan buat kita terlagi-lagi nak makan. Saya suka makan kek bersama kopi panas pekat nan memikat. Jom kita buat sendiri.

KEK MENTEGA.
Bahan-bahan:

250 gram mentega
200 gram gula kastor
5 biji telur gred A


230 gram tepung naik sendiri(ayak)
50 gram susu segar(ya..sukat guna gram)
Esen vanila

Cara memasak:
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan berwarna kuning pucat.

2.Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.

3.Masukkan setengah penutup esen pilihan.Saya guna esen vanilla milk.

4. Masukkan susu segar.

5.Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik dengan senduk sampai sebati.

6.Lengserkan loyang dengan sedikit mentega dan letakkan kertas minyak untuk elak kek dari melekat. Bakar api atas bawah pada suhu 160 darjah celsius (bergantung oven masing-masing)

7.Tadaaaaaa…Dah siap.Hmm..sedap tau kek garing di bahagian atas..Padahal terlebih masa

Kredit : NunuPessa Hik

IKLAN