Kek Marjerin Coklat Rice Mudah Buat

Share

Buat kek yang satu ini memang mudah dan pasti menjadi. Bahan yang digunakan mudah didapati. Yang paling penting rasanya memang tidak menjemukan tambah pula dimakan ketika panas.

Kek Marjerin Coklat Rice

250gm marjerin/planta/butter
(Saya guna marjerin puteri)
1/2 cawan gula kastor(kalau suka manis letak 1 cawan)
1/2 cawan susu krimer (susu pekat)
1 cawan susu kotak dutch lady(tak  kisah brand apa)
2 1/2 cawan tepung gandum
4 biji telur gred A
1 sudu teh baking powder
esen vanilla
coklat rice/coklat chips..

Cara memasak:
1.Putarkan marjerin + gula kastor+ susu krimer sehingga kembang
2.Masukkan telur satu per satu putar hingga sebati
3.Masukkan tepung + baking powder sedikit-sedikit berselang seli dengan susu cair tadi sehingga habis
(mula dengan tepung dan habis juga dengan tepung. Saya terus putar dengan mixer je)
4.Masukkan coklat rice/coklat chips.Kaup balikkan sebati.
5.Masukkan ke dalam loyang bakar pda suhu 180°c selama 1 jam 15min atau sehingga masak, saya guna api atas bawah.
(Kalau nak pelbagai warna, asingkan ke dalam bekas lain dan tambahkan pewarna kaup balikkan hingga warna sekata)

**loyang size 8″**

Kredit : Rohimatul Mat Yussuf

IKLAN