Kek Lapis Masam Manis Tak Pernah Jemu Makan

Share

Siapa boleh menafikan keenakkan kek lama zaman mak kita dahulu seperti kek mentega dan kek lapis masam manis. Kek legend ini menggunakan kepingan asam hawflakes memang sedap. Makan berkali pun tak kan jemu. Walaupun buatnya agak renyah namun rasanya memang padu.

KEK LAPIS MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji telur gred A
  • 2 1/2 cawan tepung biskut marie – biskut marie kisar halus
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 3/4 cawan gula kastor-BELI ONLINE DI SINI
  • 250g butter-BELI ONLINE DI SINI
  • 1 sudu besar ovellete
  • 1 sudu kecil esen vanilla-BELI ONLINE DI SINI
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Hawflakes (masam manis) – secukupnya
  • Pewarna ikut suka

CARA MEMASAK :
1.Pukul butter & gula hingga kembang putih.
2.Masuk telur satu persatu.
3.Masuk ovellete,susu pekat & esen vanilla.


4.Ayak tepung biskut marie bersama baking powder.
5.Kemudian masuk sekali dalam adunan butter tadi. Gaul sebati.
6.Bahagi kepada 2 bahagian.Letak pewarna ikut citarasa.

7.Sediakan pengukus. Panaskan air kukusan dulu.
8.Loyang 8/9 inci sapu butter.Alas dengan baking paper.Tuang dalam 1 cawan. Ratakan. Susun hawflakes. Lepas tu kukus 10 minit.
9.Keluarkan lapis pula warna lain. Susun hawflakes.Kukus 10 minit.Ulang proses lapisan sampai habis.
10.Lapisan terakhir kukus 20 minit.
11.Kek dah betul-betul sejuk boleh potong.

Kredit: Zura Zul

 

 

IKLAN