Kek Congo Bars… Kek Lembut Gebu Tabur Aje Badam & Coklat Coin Atasnya.

Share

Masa tengah PKP ni macam-macam idea kena fikir untuk masak. Kalau biasa masak sekali atau dua kali sehari, ni dah kena fikir untuk minum petang jugak. Maklum lah bila dah berkumpul ramai kat rumah. 

Dapat makan kek yang simple aje ramuannya pun dah cukup heaven. Jom kita semak resipi dari Farisha Sofea

yang nampak enak nih. Mudah aje buatnya.Bahan pun tak rumit.

KEK CONGO BARS

BAHAN-BAHAN :

Bahan A :
150gm mentega berkualiti tinggi
220gm gula perang

Bahan B :
3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan C :
315gm tepung naik sendiri
3/4gm cawan coklat chip ( boleh juga letak bahan lain )

Bahan Hiasan ( terpulang nak letak apa ya ) :
coklat chip


coklat coin
kepingan badam
badam cincang

CARA MEMASAK :

1. Putarkan Bahan A sehingga kembang .
2. Masukkan Bahan B , tuangkan telur satu persatu sambil diputar rata .


3. Masukkan tepung dan kaup balik .
4. Masukkan pula coklat chip , kacau sebati .
5. Alaskan loyang dengan baking paper .
6. Tuangkan adunan dan ratakan .


7. Taburkan bahan hiasan .


8. Panaskan oven , bakar pada suhu 180°C selama 40 minit bergantung pada oven masing masing .


9. Sejukkan sebelum dipotong .

Kredit Foto & Resipi : Farisha Sofea

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

Menu kek ringkas ni oreo ni pun menarik jugak.

 

 

IKLAN