Kek Coklat Kukus, Ringan Dan Lembut Teksturnya

Share

Kek coklat kukus ini tak kurang sedapnya berbanding jika dibakar. Ia cukup mudah, lembut dan sedap.

Lagi menarik, tak perlu nak bakar, hanya guna pengukus je. So, bagi yang tak ada oven, jangan susah hati. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Noriza Awang Hamat ini ye.  Selamat mencuba.

Kek Coklat Kukus

Bahan-bahan:

Bahan-bahan (kisar):

2 cawan serbuk koko

Dua cawan gula – boleh beli online di sini

2 cawan minyak masak – boleh beli online di sini

1 tin susu cair

1 tin susu pekat

8 biji telur

Bahan Lain:

2 cawan tepung gandum – boleh beli online di sini

Dua  sudu kecil soda bikarbonat

2 sudu kecil baking powder – boleh beli online di sini

*ketiga bahan ni diayak

Bahan Untuk Topping Coklat:

Coklat masakan – boleh beli online di sini

Sedikit Marjerin – boleh beli online di sini

Cara Memasak Kek C – coklat Kukus:

Dalam satu mangkuk, masukkan bahan yang dikisar berselang seli dengan tepung yang telah diayak terlebih dahulu. Nak lebih mudah, kisar semua bagi sebati.

Sapu mentega pada loyang terlebih dahulu dan curahkan adunan yang dikisar tadi.

Panaskan air kukusan terlebih dahulu. Kukus adunan kek selama 1 jam atau sehingga masak.

Untuk topping, satukan semua bahan dalam satu mangkuk dan masak secara ‘double boiler”. Kemudian tuang ke atas kek. Boleh hias dengan badam di atasnya kalau suka. Siap!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

IKLAN