Kek Coklat Berhantu, Sekali Makan Pasti Nak Lagi

Share

Kali ini RASA ingin kongsikan resipi kek coklat yang pasti membuatkan sesiapa yang menikmatinya teringat-ingat selalu. Resipinya agak banyak step tapi sangat berbaloi!

KEK COKLAT BERHANTU

BAHAN-BAHAN
4 biji telur ayam
Sedikit esen vanila
1 cawan gula kastor
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil baking soda
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu segar

CARA MEMBUAT
1. Dalam bekas, satukan telur ayam, esen vanila dan gula kastor. Pukul sebati sehingga kembang. Tapi tak perlu pukul lama sangat. Pastikan gula sudah larut dan telur telah kembang.
2. Masukkan susu pekat manis. Pukul lagi. Ketepikan sebentar.
3. Ayak semua tepung gandum, serbuk koko, serbuk penaik dan baking soda.
4. Masukkan bahan yang diayak tadi dalam adunan telur tadi. Kacau sebati.
5. Masukkan pula minyak jagung dan susu segar. Kacau rata.
6. Tuang dalam loyang kukusan. Kukus selama 30 minit.

BAHAN COKLAT
Coklat masakan
Krim putar

CARA MEMBUAT COKLAT
1. Double boiler coklat masakan dan krim putar.
2. Apabila sudah panas dan coklat masakan sudah cair, tutup api.

BAHAN ADUNAN KEJU
50 ml krim putar
250 gram keju
Sedikit gula esen
Susu pekat manis secukupnya

CARA MEMBUAT ADUNAN KEJU
1. Dalam mangkuk, masukkan krim putar.
2. Masukkan pula keju. Pukul seketika.
3. Masukkan gulu esen dan susu pekat manis. Kacau sebati.
4. Ketepikan sebentar.

CARA PENYEDIAAN
1. Apabila kek sudah masak, potongkan kek.
2. Letak adunan keju di tengah. Kemudian letakkan kek yang telah dipotong tadi.
3. Atas sekali, tuangkan adunan coklat. Lorekkan.
4. Simpan di dalam peti sejuk sekejap sebelum dimakan.

Wow!
Nampak sedap, kan?

Selamat mencuba!

Kredit: Ieda Jahaya

IKLAN